Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Number Two

Allahuakbar. Pertama skali syukur Alhamdulillah pada Allah.
Atas rezeki yang Dia berikan. Dah lama tunggu yang ke dua ni... alhamdulillah Allah makbulkan doa.
Insyaallah tahun depan.. khayr akan jadi abang :))
Ye saya pregnant yang ke dua sekarang
baru lagi... baru 9minggu. Tapi dia punya excited tu Allah je yang tahu hihi


Buat UPT sendiri di rumah
bila period dh lewat seminggu tu dah rasa excited.. berdebar2 je tiap kali pi toilet
takut period hahahaha. Psiko sgt nih!
cakap kat en Kam ..eee ibu dah lewat seminggu ni
tapi tak mo la excited lebih2..tunggu lagi
masuk minggu ke dua tu... xtahan dah.. gi cari clear blue pregnancy test kat apoteket hahaha
ccek tgh2 ari buta ok... patutnya kan cek pagi2
xkisah la... tp test positif. Alhamdulillah
tak bgtau en kam lg... tp bgtau along and eein heheheh
so diorg yg tau dulu
eein siap tnya gmbr tu maksudnya apa?? Alahai ahahha
nak kena explain la pulak khennn hehehhe

esok nya baru bgtau en kam
suruh dia tgk something dlm beg
dia dh suspen tnya apa?? Ingat ada present la tu utk dia haha
tp mmg present pon kan hehhee
en kam happy... saya pon happy heheh

so terus makan vitamin folic acis etc utk pregnancy
lepas 2minggu baru kol antrnatal clinic for prenatal visits

so 15hb julai was the first visits
midwife lisbeth yg handle
first dia tnya family history etc
and kena ambik urine test and blood test

Urine was clear from protein or bacteria
BP was normal 100/64
HB was 13.1
Random blood glucose was 5.4

Lisbeth offers if we would like to do genetic test
to check the risk for down syndrome
me and en kam were thinking we dont need that
although it was a good test tho
But it's ok... insyaallah doa2 semua normal dan dipermudahkan

Khayr was excited when he know that he gonna be big brother
he said he wanted to share train thomas with baby
If baby crying khayr bagi baby train thomas or racer bill
hehe
kadang2 dtg dengar kat perot ibu and said owh baby is playing la ibu
or oeh baby is sleeping la ibu hehehe
he excited to see my tummy getting bigger and bigger
walaupon awal sgt lagi perot tu nak besar.
Besar tu sebab lemak sayang
anyway hahahaa

doakan semua nya dipermudahkan Allah
I'm excited and worried at the same time

see you in feb next year, my number two ♥

Tuesday, June 24, 2014

Midsommar gateaway

Minggu lepas Sweden sambut midsommar.
Menjadi tradisi di Sweden untuk cuti pada midsommar, people will celebrating the coming of Summer
So Last Friday was a public holiday in Sweden
En Kam dah plan lama dengan kawan2 Malaysian yang lain
We gonna camping and fishing nearby lake and gonna have bbq
SO, Kami sewa kereta pagi Jumaat dan bergerak ke Falun around 11 o'clock
Journey from Stockholm to Falun was about 3 hours driving
The night before, I cooked laksa sampai 2 periuk! Hahaha
Punya la takut tak cukup
And rebus laksa for about 3 paket hehehe
Bangun pagi tu, goreng bihun and kejut khayr untuk siap12 sememtara nak tunggu En Kam sampai rumah

En Kam ambil mystery car
Its like a surprise car
We dont know what type of car we gonna get untuil the day kita datang ambil kunci
Rezeki kami dapat kereta besar.. ford apa ye lupa heheh
7 seater car.
So ajak Erfan ikut but they all tak nak
So is ok, kita satu family jer pon is gonna be fun hehehe

Kawan2 Malaysia yang lain dah sampai, sebab diorg gerak pagi
Kami sampai ke Falun around 2 pm
The midsommar celebration has started
Ok jer, sebab takdela nak kejar celebration tu 
Sebab tujuan utamanya nak pergi ponny riding yeayyy
Khayr excited sangat bila sampai tu
Sebab dah bgtau dia awal2 kita akan naik kuda
Semangat dia tunggu turn hehehehe
We have to pay  think 20SEK kot, 
Kuda pusing 2 kali dalam kawasan tu hehehe okla kan
Ada saya ambil video

Lepas tu bawa Khayr main2 dengan kuda 
Nizam tuan rumah Falun ni memnag expert photographer
Gambar2 dalam ni banyak yang saya curi dari fb dia hehehe




Balik petang tu, kami check in hostel
All the ladies and anak2 tidur di hostel
The guys camping tepi tasik hihi
Tapi sebelum tu, semua makan dinner dulu
Saya samapi tengok akak2 dah panaskan kuah laksa
potong2 sayur laksa
Lapar kot hahaha
Masing2 puji laksa sedap.. kembang bontoit I haha
Lapar rasanya semua orang, sebab they all lunch awal pukul 11

Masa En Kam nak pergi camping tu drama  la kejap
Sebab nya En Kam , KE and Nizam naik kereta kami sewa tu
Besarkan banyak boleh isi brang
yang si Khayr ni mula la nak menangis suruh pulangkan kereta dia
adoi la anak
pastu melalak
lama la jugak nak pujuk tu
tapi lepas tu ok jer
malam tu Khayr join atok2 tengok football
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Esoknya... bangun awal tengok2 akak2 dah siap buat nasi goreng untuk breakfast
siap ada sambal ikan bilis petai lagi,Memang sedap
Untung pergi camping dengan akak2 ni... sebab masing2 chef.masak sedap2.hehehe

Plan asalnya pukul 11 nak gerak ke bbq place
tp almost 11.30 jugak baru gerak hmmmmm
jauh juga nak masuk ke dalam
sampai jer khayr dah tanya mana abah mana abah
alahai anak abah ni
Melompat dia bila nampak En Kam hihi

samapi je terus serbu bbq haha
mak2 nya lupa dah kat anak2
Masing2 dok isi perut sendiri..
ada lamb, chicken tandoori, beef
Saya just bawa marshmallow je hehe
tak sempat nak gi beli barang nak marinate ayam ke apa
Seronok budak2 fishing.. yang lelaki pon
kami perempuan seronok makan n borak2 hehe
Kat situ walaupon hutan.. kita tak rasa takut macam kat malaysia
sebab takde haiwan bahaya 
kalau kat malaysia memang saya Tak berani nak tinggalkan anak2 main tepi2 semak tu
macam2 kang terbayang yang datang huuu















Gambar2 cantik kat atas tu saya ambil dari fb abg nizam
host kami di Falun
dia mmg photographer
---------------------------------------------------------------------

esok nya kami lepas breakfast kami gerak balik ke stockholm
en Kam ajak ke Dalarna
saja nak jalan2
pergi kat tempat giant kuda dalarna ni
kalau kat sweden ni.. kuda merah ni antara souviner yg menarik 
kita mcm signature souviner utk sweden
kami singgah kejap je ambil gambar lepas beli barang makan kat coop
Otw balik tu sempat singgah di Dragon gate 
terletak di daerah Uppsala
seronok khayr dengar dragon
berlari tanya mana dragon?? Mana dragon ibu??
pon sibggah kejap je ambil gambar
sebab sejukkk
kitorang xde proper jacket 
so zas zas ambil gambar terus masuk dalam kereta hahaha

Overall nice experience
lovely spent weekend
harap boleh buat lagi aktiviti mcm ni
close to nature 

Wednesday, June 18, 2014

Syukur

Semalam Khayr ada check up dengan paeds
Sejak daytang sini, Khayr memang ada routine check up dengan paeds
Plus regular check up kat vardcentral with the nurses
Puncanya, we brought his  medical report from Malaysia
As he was incubated in the NICU when he was born
So memang ada la every 6 months akan jumpa paeds

Kisahnya semalam pergi la Huddinge
Saya dah bangun awal goreng bihun, sebab appointment pukul 10.30 am
Knowing the appointment akan habis around 11.30 which is his lunch time
Mak mak gitu la kan, pikir anak jer huuuu

Sampai sana, as usual ambil berat n tinggi
Alahai sayang, berat baru 12.4kg tinggi pulak 93.8 cm
Untuk budak 3 tahun 6 bulan, doc kata kecik sangat tu sayang

Tunggu punya tunggu Dr Åsa keluar welcome kitorang ke dalam bilik
First dia tnya Khayr mcmana sekarang,
Fine, En Kam jawab
Khayr masa tu dah melompat dok main dalam bilik doc
So doc cakap svenska dengan Khayr
Tanya dah pegi dågis tak
pandai lompat tak
doc suruh khayr lompat using satu kaki
Basically nak tengok Khayr punya development macamana
Alhamdulillah semua ok

Still doc suruh ambik darah untuk check HbA1c, Growth Hormone, IGF1..lagi satu apa ye..ibu lupa!

So sebelum keluar saya tnya mengenai result EEG test aritu
Last khayr kena seizure masa demam aritu, saya minta doc buat EEG test
Just to be confirmed, althought the doc said usually they do not performed this kind of test untuk budak yang kena seizure waktu demam
Bt being a mother, of course la kita risau la
Dok pikir yang bukan2... so the doc at the emergency agreed
She write a letter to order the test
SO last week of May aritu kitorang buat test tu
Not kitorang, but Khayr la kan hehehe

We were invited into a room
The nurse (person who did the test) asked Khayr which movie he would like to watch
Luckily ada cd McQueen...so he chose that one
The nurse on the CD, Khayr was sitting on my lap
First the nurse measured diameter kepala Khayr
Then, The nurse put like a glue, and glued an electrode in his head
Khayr at first mcm was curious what is going on  heee
But I explained to him that kakak wanted to put something kat kepala khayr
Being Khayr, he is such a good boy
Even the nurse said a few times he was really calm and make my job easier heheheh
It takes about 20 mins to put all the electrode and about 20 mins to take the reading
She asked khayr a few times to close his eyes, 
Through out the test, khayr was calm and relax watching the movie hehehe
Alhamdulillah good boy sanagt ni!

So semalam doc bgtau the result of the test
Nothing abnormal and nothing needs to be worried
Basically no epilepsy sign, the reading showed some variation
But still in the normal range
the variation might due to his movements when the reading was recorded
Alhamdulillah Syukur ya Allah

Lepas ambik darah for the blood test,
Kiotrang balik
At first we planned xyah la hantar Khayr pergi dågis
Sebab in the afternoon ada sommarfest
Tapi he wanted to go to dågis instead
So I called Petra to asked , and he was most welcome to come
The other friend were having lunch, so Petra said she will save some food for Khayr
so kind of her
Sebab khayr memang tak makan dari pagi
Walaupon saya bawa bekal tapi Khayr taknak makan
Sampai sekolah, kawan2 teruns panggil khayr khayr hehehe
Bukak jacket semua, so he lunch with his other friends

Later petang kiotrang datang for the sommarfest for his group
Summer la sangat sebab stockholm sejuk sekarang ni
SO makan2 kat dalam je
Basically just chatting with other parents and also makan2 hehehe







Saturday, May 10, 2014

Report Card

Pagi Khammis aritu ada meeting serahan report card Khayr
hehehe
Idok ler report card betul
Parent-teacher meeting sebenarnya
So pagi tadi bangun kelam kabut sebab tengok jam dah pukul 8 pg
Giler ahhh sebab meeting pukul 9
walaupon sekolah tu dekat jer...tapi pepaham ler nak bersiap tu kan

Lepas bagi susu kat khayr terus kejut dia bangun
bagitau dia arini ibu n abah nak jumpa Petra (his group's teacher)
Dha boleh pulak dia xkasi saya ikut, abah jer dia cakap
helloooo ibu pun kena datang okay
Zas zas bersiap.. 

Hujan 
Tapi si Khayr nak jugak naik basikal 
layan kan jer lah

Sampa sekolah terus masuk jumpa Petra
Khayr dah masuk main kat dalam
Nampak dia main dengan Chiara dan Alexander
Pastu nampak Hasse ajak semua kumpul...dia nak bercerita hehehe
pastu semua makan buah 
nice..menurut kata jer semua
cuba kalau kat rumah pun macam tu kan..kan senang hidup hahahaa

First Petra tanya ada tengok tak apa dia tulis kat blog
alahai terus terdiam sebab dah lama tak buka blog tu
sebab nya email updates selalu sampai kat email En Kam
like last year saya tulis apa yg saya nak komen pasal khayr n sekolah kat blog tu
hmmm xpela
Petra cakap it's ok :)

Petra minta kami bagitau apa pendapat kami mengenai khayr di kelas baru ni
Khayr pindah masuk kelas 3-5 years ni masa dia umur 2 tahun 9 bulan
Masa tu dia yang 2nd muda
Khayr masih tak pandai cakap Svenska masa pindah kelas baru
Boleh la cakap...tapi dalam 2 words jer kot
Ingat lagi, kalau kami hantar khayr pi sekolah,,, kawan khayr namaphilips tu selalu cakap
He can't speak (dalam svenska of coz)
HIHIHI
sebenarnya bukan khayr tak boleh cakap
dia dah pandai cakap melayu dalam 4 words, english dalam 2-3 words la
tp svenska masih lemah

so now dah bulan 5
almost 7 bulan Khayr masuk group baru ni
saya tgk dia memang suka group baru ni
dulu best friend nama Clapton,
sekarang sikit2 Adam n Alexander
hihi

Petra cakap Khayr dah pandai cakap Svenska 

boleh buat longer words, Alhamdulillah
He's a popular guy in school
bak kata Petra
hahahahha
yelah, dia yang paling kecik kot
a HAPPY boy
yes, he is
memang gelak n happy jer, jarang sangat nak dengar dia meragam menangis
he only cry if he hurts himself
logik la kan
suka kawan dengan Adam , Ronie, Clapton, Alexander
yes, nama tu la yg dia sekalu sebut kat sekolah
He loves to play with cars, lego, drawing, coloring
suka ibu dengar
sometimes he doesnt want to take a nap, but he prefers to read book
amboi... suka baca buku yea
he does to toilet by himself
yeayy dah bujang anak ibu (walaupon kadang2 accident hahahahah)
he will say stop if someone wants to hurt him
khayr kan kecik, its good to hear that sebab risau je budak2 kan...datang mood nak buli kang hahahah

Overall Petra cakap Khayr takde masalah kat sekolah
Cuma Khayr taknak makan sayur jer hahaha
pelik jugak sebenarnya 
sebab khayr rumah khayr suka salad, cucumber

takpelah, agak2 kalau Khayr dah balik mesia
Dia paham tak sedih nak tinggalkan kawan2
Sedih nanti tak akan jumpa lagi?
Hmmmmmmm....................








Tuesday, April 29, 2014

Biking

Selasa 
29 April

Hari ni labwork di Huddinge Hospital
Run protein measurement
Ada lagi 30 mins incubation time

Owh btw updates untuk Khayr
Alhamdulillah dah beransur baik demam nya
Ada lagi sikit2... tapi dah tak perlu masuk ubat every 4 hours
Now kami bagi dalam 6-8 hours
Cuma batuk pulak macam makin teruk
pagi tadi lepas minum susu dia muntah
Habis katil...hmmmm
Jenuh la nak membasuh tu... huuuuuuu
Tak pelah, nanti balik petang ni nak pujuk dia makan ubat batuk

Tadi sebelum keluar pergi sekolah,
dah masakkan bihun goreng untuk Khayr dan En Kam,
Harap2 dia makan lahhh,
Tadi pujuk dia makan sebelum saya keluar, tapi Khayr tak nak
Petang ni ingat nak buat karipap la.... mesti dia makan banyak
Semalam dinner saya masak roti jala
8 keping Khayr makan hehehehehe, seronok tengok,
Khayr kan suka roti jala :)

Saja godek2 folder dalam laptop ni, tengok eh ada gambar khayr biking lahhh
Saja jugak nak share kat sini
Dah tak ingat bila kejadian ni hehehe
Tapi weekend la
Saja saya dan En Kam bawa Khayr jalan2 naik basikal 
Dekat area kawasan rumah ni jer

Plan asalnya saya n Khayr naik basikal
En Kam ambik gambar jer
Tapi Khayr tak bagi saya naik basikal
Dia seorang jer boleh naik basikal
Sabar jer lahhh

Kalau tak silap kejadian ni dalam seminggu selepas kejadian beli basikal tu
Ye ke??? dah lupa daaaaa
Tapi khayr dah boleh kayuh 
Dah pandai kayuh basikal tu sendiri
Cuma bila naik bukit sikit, tak pandai.... berat agaknya
Kena tolong tolak sikit baru dia sambung kayuh

 Abah, Cepat
 Vrooommm vrroooommmm

Berhenti makan pisang :)
 Makan donut pulak.hihi
 Dah nak balik

 Bila jalan rata...jauh dia tinggalkan kami heeeee


Khayr sihat nanti ibu bawak jalan2 naik basikal lagi ye sayang


Sunday, April 27, 2014

Demam

26 April
Khayr demam
Kebetulan En kam pergi fishing trip outside stockholm
Petang jumaat tu dah dengar suara Khayr serak
Terpikir dah mesti tak sihat ni
Check suhu badan masih ok
Saya sebenarnya dah berat hati en kam nak pergi trip
Saya dh cakap takut khayr demam
Last minit jugak saya cakapnok xpela pergi jer la
Walaupon mmg berat sangat hati

Malam tu en kam pergi Fishing trip
Keluar rumah senyap senyap sebab takut Khayr nangis
Tapi petang balik sekolah dah cakap kat khayr.. abah nak tidur rumah kawan
Khayr dh bising nak ikut huu
Masa en kam keluar..khayr tengah tgk tv
Tetiba dia sedar.. abah xde

Abah mana?

Khayr tanya.

Abah tidur rumah kawan. Esok abah balik

Terus dia turun katil pergi cari en kam dan nangis. ;(
Lama ... samapi tersedu2. Sedih  sangat masa tu
So saya kol bg dia ckp dengan en kam. Lagi bertambah sedih. Last2 saya pujuk dia tgk tv n tidur.
Malam tu saya tak boleh tidur.
Rasa tak sedap hati..so tgk je khayr tidur
Pkul 12..  12.30... 1.00..1.30... 2.00...
Saya dok tengok jam
Tah mcmana tertidur
Pkul 2.50 saya terjaga. Dengar khayr mcm mengerang
Terus cek suhu.. termometer dan ubat memang saya dah standby kat tepi katil
38.9'C
Ya Allah DEMAM

Terus ambik ipren masuk kan dalam bontot.
Malam tu memang saya tak tidur berjaga jer sampai pagi

Pagi hari sabtu

Semua ok. Suhu macam biasa..  around 38'C
Saya selang seli ipren dan alvedon setiap 4 jam
Pkul 2.30 khqyr tidur
Saya rasa kaki dan tangan dia sejuk. Dia mcm menggigil sikit
Sepatutnya pkul 3  ptg br masuk alvedon
Saya cek suhu badan Khayr
38.3

Saya decided umbagi alvedon
Walaupon tak sampai masa lagi
Pergi dapur nak basahkan towel nak sponging khayr
Sekejap je. Tgh basahkan towel.
Tetiba dengar bunyi something
Terus pergi bilik nak cek khayr
Nampak khayr dh kena fibrile convulsion :(

Terus saya bwk dia pergi toilet
Showerkan dengan air sejuk
Masa tu tak boleh pikir.
Takut
Panik
Semua ada

Sambil showerkan khayr .. saya panggil nama dia
Dia masih tak release
Terus teringat ubat diazepam
Bwk khayr masuk bilik. Mengiringkan dia..
Dan masukkan ubat diazepam tu di bontot
Tapi tak banyak pon yang masuk
Saya nampak byk yang keluar
Saya panik.. tak masuk betul agaknya
Saya bwk khayr pergi toilet showerkan dia lagi
Dalam toilet tu baru saya perasan yg khayr dh release fit
So bwk dia ke bilik.. tukar kan baju yang basah tu nak bwk dia ke hosp

Saya baringkan khayr dalam stroller
Masa ni dia macam lemah.. mata separa terbuka lepas tu pejam balik
Saya tukar seluar pakai tudung grab handbeg
Masa kat stroller. Saya panggil khayr lagi
Alahmdulillah dia bukak mata
Saya cakp

Kita nak pegi hosp ye khayr. Khayr ok tak?

Khayr jawab

Nape ibu? Nape ibu crying?

Waktu tu baru sedar saya menangis ;(
Saya panic. Menggigil tangan dan kaki ;(
Terus berlari ke hosp
Masa dalam lift pakai kan khayr jacket
Dia dh sedar dan nak bangun duduk tak nak baring
Sampai emargency.. pergi kaunter terus  diauruh masuk ke dalam
Di dalam bahagian emergency kanak2 (barnakutan)
Cerita pada nurse apa yg berlaku
Nurse cek suhu badan khayr lg sekali
39.7'C

Saya dibawa masuk ke dalam satu bilik untuk treatment
Nurse minta saya cerita once again apa yg berlaku
Ubat apa yg saya dah beri pada Khayr
Lepas tu nurse cek bacaan oksigen dalam darah khayr.. blood pressure.
Alhamdulillah semua normal
Sebab suhu badan khayr masih tinggi. Nurse cadangkan ambil lagi 60mg alvedon
Saya setuju je
Tak lama lepas tu doctor datang
Doctor cek telinga..kerongkong paru2 mcm biasa
Semua normal doctor cakap

Baik doctor ni... saya banyak tanya pasal fit pada dia
Betul atau tak tindakan yang saya buat tadi
Masa khayr kena fit tu
Tanya apa side effect diazepam
Side effect fibrile convulsion pada bdk mcm Khayr
Lepas tu nurse ambik darah untuk cek if ada infection
Khayr minta nak minum air
Tapi nurse bagi aiskrim hehe

Result clear.. no bacterial infection
Masa doctor terangkan tu.. air mata say mmg dh berjurai2
Rasa sedih sangat
Rasa kasihan sangat
Rasa bersalah sangat
Pada Khayr

Doc bagi saya tisu untuk lap air mata
Dia cakap jgn risau
Takde apa yg nak dirisaukan
Khayr is ok
Cuma kena control n monitor suhu
Doc cakap apa yg saya buat masa khayr kena fit tu was perfect
Nothing is wrong
Lagi laju air mata saya turun
Khayr lap air mata saya ;(

Saya ckp saya risau takut sbb tinggal berdua dengan khayr
Takut kalau nanti jadi lagi benda yang sama
Doc cakap kalau saya  nak.. dia boleh arrange ward
Boleh tidur ward malam ni sampai khayr sihat
Tapi kalau saya xnak pun xpe
Sbb ikut medical condition xperlu warded
Doc tanya saya nak yang mana
Balik rumah atau warded?
Lama saya diam
Xtau nak jawab

Akhirnya saya cakap saya nk balik
Saya confident boleh jaga khayr
Saya yakin khayr lagi suka selamat dan boleh rehat di rumah
Doc senyum
Dia cakap itu sebaiknya
Saya pun pakaikan khayr jacket n kasut
Beritahu dia kita nak balik rumah
Khayr cakap nak aiskrim :)
So balik tu kami singgah pulsen beli aiskrim
Khayr nak beli 2. Satu utk khayr. Satu untuk abah :)

Sampai rumah.
Pujuk khayr makan aiskrim
Mandi
Makan nasi

En Kam sampai rumah pukul 10.30 malam
Khayr dah tidur
Kesian
Tunggu abah sampai tertidur
Malam tadi saya tak tidur.
Berjaga . Takut nak tidur. Risau benda yang sama berulang

Pagi ahad.

Alhamdulillah beransur baik
Masih demam panas
Suhu masih tinggi..
Tapi khayr dah bangun main
Alhamdulillah

Ibu doa anak ibu cepat sembuh
Ibu tak dapat bayangkan kalu benda buruk berlaku pada Khayr
Ibu sayang Khayr
Sayang sangat2...

Cepat sembuh sayang ♥

My STRONG boy 

Friday, April 25, 2014

Basikal pertama


Macam dalam tajuk kat atas tu la kan, nak cerita pasal basikal pertama Khayr :)
Sebenarnya dah lama dia minta nak basikal
Hari hari balik sekolah mintak nak basikal

Khayr nak basikal color black

alahai kesian pulak bila dengar
Puncanya dia tengok kawan dia naik basikal pergi sekolah...hai macam2
Ikut kan hati memang malas nak ikutkan
Tapi bila tiap2 hari dia cakap nak basikal...kesian la pulak kan
so hari rabu saya kerja kat hosp depan rumah ni je.
kebetulan kerja habis awal. So ajak en Kam pergi beli basikal untuk anak kesayangan ibu
kitorang dah survey harga.. ada satu kedai je murah. Murah 2 pon mahal jugak la. Malaysia lagi murah huuuu
so ptg tu ambik Khayr awal dari sekolah. 
Bergegas kami pergi Kungens Kurva misi cari basikal heeeee

Khayr excited bila abah ckp nak pergi beli basikal. Mulut asyik pok pek pok pek ckp 

yeayy nak beli basikal svart*hitam*

Berdebar jugak sbb basikal yg murah tu kaler putih haha
sampai sana si Khayr tidur plak
Xpe, En kam cakap jom ler kita jalan2 dlu
Bagi si Khayr ni puas tidur.
kami masuk survey lagi basikal yg ada jual katsitu. Puas la pusing 2 kedai.. xbangun lagi si Khayr ni. 
so jenjalan la dalam Media Markt tengok2 barang elektrik elektronik
ada kamera murah.. tpi sabar je la. Xnak beli dah. Nak beli kat malaysia je. Murah huuu

lastly kitorang decide kejut je la si Khayr ni.nak tunggu dia bangun pukul berapa pulak kang
bila kena kejut biasala...mula la moody sikit
suruh try baik basikal pun xnak
bila suruh naikla basikal ibu nak beli yang mana Khayr suka
tetuba dia nagis pulak. nangis yang jenis tak dengar suara.. air mata jer meleleh. 
alahai anak. sedih sangat ibu tengok ni haaaa
pujuk peluk2... bawak dia pergi XXL 
kedai yang ada basikal murah tu
10minit jugak dok pujuk dia nak yg mana
dia masam jer haishhh
last2 baru dia ckp ok..

khayr nak basikal ni

fuhh selamat. Dia tunjuk basikal yg murah tu.terbang duit ibu sek499 

so bayar semua. Kalu nak kedai pasngkan.. kena tmbah lg sek150
Amboi sangat ni. Memang cekik darah hahaha
so en Kam ckp cpela. Dia confident  dia boeh pasang sendiri
Jadi balik la rmh naik bas.mengangkut box basikal tu. Waktu ni mood khayr dh elok sikit. Dh senyum2 hahhaa

sampai rumah terus operadi pasang basikal
Our first child first bicycle :)

Semangat abah pasang basikal
khayr pun semangat tolong
ibu semangat jugak
semangat ambik gambar! Hahahaha

lama jugak nak pasang... tp okla hasilnya nampak la rupa basikal kan hahaha

dah siap kemain semangat si khayr ni nak terus main
xnak main dalam rmh.. nak main kat bawah dia cakap
sabar jer la
kitorang dh penat sebab dari pagi kan
tapi layan kan jugak
bawak dia pusing 2-3 round kat bwh
Kena praktis lagi.. xpandai kayuh  lagi
tapi lepas 4 hari anak ibu dah pandai kayuh basikal with training wheels
good job khayr. Duktig!

We love you sayang
enjoy your first bicycle 



Tunggu bas nak balik rumah... masa ni mood Khayr dah elok sikit :)
En Kam pun berangan nak beli basikal jugak. Beli kat Mesia jer la enchik! 
Precious moment hahaha

Amboi dan dan nak kiss abah. Ibu yang bayar ok. Banah tolong angkat jer hahahaa

Pemasangan bermula
He wanted to help :)
Dia pun nak jugak pam wheel basikal tu
Letak kaki kat sini Khayr... 
Amboi.. barang baru la katakan, naik atas terus lap basikal dia. hahahaha

Wednesday, April 16, 2014

Baby


Have I told you guys that My aunty, kak Ani just delivered a beautiful baby girl last month. MashaAllah, beautiful and healthy baby. Just what I dream for :)

Isnin lepas, balik dari sekolah...dalam bas sekolah teringat Kak Ani. Aritu dia cakap EDD in March... tapi diam jer..hehe. So decided to give her a phone call. And guess what!! she was on her way to the hospital when I call her. She took taxi because Abg Man kat kedai... I was so excited, eh macam ko yang nak beranak kan shima! haha Tapi memang, balik rumah terus bagitau EN Kam, Kak Ani dah otw ke hospital. She can delivers anytime kan.

Macam biasa, masak dinner main dengan Khayr lupa plak pasal Kak Ani haha. Teringat dah malam, tengok phone ada missed called from her. Return called. Guess what, she just gave birth to a baby girl! sounds so excited . alhamdulillah.Terus plan with En Kam to visit her, before we leaving to Keukenhof. Texted Kak Hani Pok if she would like to join us. And YES she happy to go together with us. 
Because  on Saturday, Embassy organised bacaaan yassin for Kak Shal and Abang Azizul, on Sunday morning off we go.
Punya semangat pagi2 dah mesej kak Hani tanya nak pergi pukul berapa. Supposed to message her the night vbefore, but saya terlupa hahahaha.
Pagi pukul 10 lebih kami jumpa kak Hani di Flems station dan rombongan kak Mah pun menuju ke Rinkeby menaiki keretapi hehehehe.

Sampai rumah Kak Ani, Abg Man dah pergi kerja. Tak sempat nak jumpa. Hari Ahad kedai bukak lewat sikit... tapi abg Man dah keluar dulu nak beli barang. Anak2 kak Ani ada semua. Lama tak jumpa diorang. Selalu kitorang pergi kedai jer, sebab kedai lagi dekat dengan rumah. Sambil tu boleh makan sushi hihihihi. Masa sampai, baby tengah minum susu. Kami tunggu Kak ani di luar, kak Hani dah terjah masuk dalam bilik hihihi.

COMEL sangat babyyyyyyyy girl kak Ani. Geram tengok. Jari panjang, gebu bulat ! hihihihihi

Seronok dengar cerita Kak Ani pengalaman dia lahirkan baby girl tu, nama apa ye. lupa plak. Abg Man dah bagitau aritu...adoi lupa plak. 

Enjoys the photo.









Ya ALLAH, murahkan lah rezeki kami ya Allah, semoga Khayr akan dapat adik.. atau adik2.. 

Seronok kalau family besar ni. Nanti ibu dan abah usaha ye Khayr hihihi. Amin