Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 17, 2012

Rezeki Ramadhan

Rezeki saya dan En Kam
Minggu lepas kami teringin nak makan sambal petai
Saya memang hantu petai..hehe
En Kam pun..
Jadi hari tu masa Kak Ani , my aunt bagi petai
kitorang seronok sangat
sampai stok yang boleh loncat2 tu..hahaha

Petai fresh kan, mana tak seronok.
2 hari sebelum tu, saya masak sambal ikan bilis petai
Tapi tak ummpphhh sangat sebab petai frozen berbulan2 kan
Tapi masa tu dah bersyukur la sebab dah lama tak makan petai

So masa Kak Ani kol bgtau suruh datang kedai ambik barang tu
Saya seronok dah, sebab nak makan sushi...hahaa
Sebenar nya Kak Ani balik ke Yala bercuti
Ke koh sa moi, Bangkok dan sempat berpuasa kat kampung 3 hari katanya.
So lepas balik sekolah tu, terus la kita ke kedai kak ani kan..mana boleh tangguh-tangguh
Pergi dengan Kak Q
Tengok2 bukan ikan bilis je kak Ani bagi. petai pun ada yo!!!
 Happy sangat

Sebelum balik tu, kak Ani bekal kan saya dan Kak Q sushi dan sate ayam
 Untuk berbuka puasa kata nya
Marvelous marvelous
Alhamdulillah

Balik rumah, tunjuk petai kat En Kam, terus member request nak sambal udang petai
Memang dalam train otw balik adri kedai kak ani saya dah fikir
Apa nak masak
Dah terbayang sambal petai udang.. walllaaahhh
So kita kasi sambal itu petai..hehehe
Tadaaaa
Alamak, kecur air liur
Mana nak cari petai fresh lagi ni???
Waaaaaaaaa :((



Ramadhan Di Perantauan

Tahun ni tahun ke dua kami menyambut Ramadhan di bumi Viking ni.
Berbanding tahun lepas, puasa tahun ni lebih panjang.
Tapi alhamdulillah kami dengan izin Allah berjaya melalui nya.
Dan InsyaAllah, Ramadhan tahun ini lebih baik berbanding tahun sudah...SYUKUR

Bila dah duduk negara orang ni, memang semua nya terhad.
Kalau kat Malaysia, nak makan apa boleh pergi cari jer di kedai
Atau pergi pasar, balik masak sendiri
Mengidam apa2 pun, order je lah
Insyaallah kalau cari betul2 mesti jumpa..hihi
Bila dah duduk negara orang ni, kalau teringin nak makan apa2, memang kena masak sendiri.
Pandai2 la cari resepi di internet, cari bahan dan masak sendiri
Bahan pun kena la ubah sikit2 ikut mana yang jumpa

Kalau kat Stockholm ni, nak cari barang dari Asean senang juga
Ada a few kedai Cina yang jual.
Jadi takde masalah sangat la
Harga tak boleh nak compare la kan
Barang kat sini naik kapar terbang
Sebab tu harga selalu berganda ganda ganda..hehe

Ramadhan tahun ni alhamdulillah takdelah nak mengidam apa sangat
Ada satu hari tu, teringin sangat nak makan roti John
Tetiba je... pastu En kam pun usaha la buat roti john daging
Rasa not bad la..
Sedap !
Mengoda tak roti john en Kam? hehehe

 Kadang2 kami tukar2 juadah dengan Kak Q
Tapi sebab dia masterchef, so makanan Kak Q masak semua sedap2
Ada one day tu, saya baru dok search resepi ayam percik
Pastu msg masuk dari Kak Q, bgtau dia nak hantar ayam percik
Walla!!!!
Memang murah rezeki.. Alhamdulillah :)

Ada satu hari tu, teringin sangat nak makan pulut udang panggang
sampai terasa je kat mulut ..haishh.. syaitoonnn :P
Pastu terus la berusaha untuk buat
Hasil nya...........
Kalau ikut resepi asal, kena guna udang kering
Tapi sebab saya tak berapa gemar bau udang kering plus malas nak cari kat kedai cina,
Saya guna udang segar
Boleh tahan la rasa dia
Not bad untuk pulut panggang perantauan..hahaha
Next time memang boleh pakai resepi ni
Panggang dalam kuali jer
Yang paling best
Khayr makan 1 bungkus pulut walaupun lepas habis kan semangkuk spagetti
Which is very the impressive Ok.
Bukan senang nak tengok anak ibu makan banyak macam tu..
mesti sebab sedap!
Puji diri sendiri lagi!.. hahahahaa
Ni gambar dari kak Q
Dia siap promote kat fb.. sabau jer la :P

Ok, saya copy paste resepi Pulut panggang perantauan ni
Senang kalau nak repeat next time :)

Utk pulut ( dari Almari Resepi )

2 cawan pulut (rendam ler sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa


 Inti ( dari jurnal Resepi Bdaria)

Bahan-bahannya:

1 tbsp minyak
4 bawang merah

3 ulas bawang putih
50gm udang kering @ 100gm udang hidup-dipotong
1/2 biji kelapa parut
6-8 biji cili kering
1 batang serai
1/2 tsp jintan manis
1 tsp garam
2 tsp gula pasir
sedikit air untuk blend


Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.

Dalam pada tu boleh mula buat inti. Blend  bawang, udang kering,serai & halia.  Bila dah rata, masukkan dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Masuk kan kelapa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuh ler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.

Bab daun pulak, layur dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kalo nak lebih kemas, gulung atas tikar sushi .Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu.