Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 29, 2014

Biking

Selasa 
29 April

Hari ni labwork di Huddinge Hospital
Run protein measurement
Ada lagi 30 mins incubation time

Owh btw updates untuk Khayr
Alhamdulillah dah beransur baik demam nya
Ada lagi sikit2... tapi dah tak perlu masuk ubat every 4 hours
Now kami bagi dalam 6-8 hours
Cuma batuk pulak macam makin teruk
pagi tadi lepas minum susu dia muntah
Habis katil...hmmmm
Jenuh la nak membasuh tu... huuuuuuu
Tak pelah, nanti balik petang ni nak pujuk dia makan ubat batuk

Tadi sebelum keluar pergi sekolah,
dah masakkan bihun goreng untuk Khayr dan En Kam,
Harap2 dia makan lahhh,
Tadi pujuk dia makan sebelum saya keluar, tapi Khayr tak nak
Petang ni ingat nak buat karipap la.... mesti dia makan banyak
Semalam dinner saya masak roti jala
8 keping Khayr makan hehehehehe, seronok tengok,
Khayr kan suka roti jala :)

Saja godek2 folder dalam laptop ni, tengok eh ada gambar khayr biking lahhh
Saja jugak nak share kat sini
Dah tak ingat bila kejadian ni hehehe
Tapi weekend la
Saja saya dan En Kam bawa Khayr jalan2 naik basikal 
Dekat area kawasan rumah ni jer

Plan asalnya saya n Khayr naik basikal
En Kam ambik gambar jer
Tapi Khayr tak bagi saya naik basikal
Dia seorang jer boleh naik basikal
Sabar jer lahhh

Kalau tak silap kejadian ni dalam seminggu selepas kejadian beli basikal tu
Ye ke??? dah lupa daaaaa
Tapi khayr dah boleh kayuh 
Dah pandai kayuh basikal tu sendiri
Cuma bila naik bukit sikit, tak pandai.... berat agaknya
Kena tolong tolak sikit baru dia sambung kayuh

 Abah, Cepat
 Vrooommm vrroooommmm

Berhenti makan pisang :)
 Makan donut pulak.hihi
 Dah nak balik

 Bila jalan rata...jauh dia tinggalkan kami heeeee


Khayr sihat nanti ibu bawak jalan2 naik basikal lagi ye sayang


Sunday, April 27, 2014

Demam

26 April
Khayr demam
Kebetulan En kam pergi fishing trip outside stockholm
Petang jumaat tu dah dengar suara Khayr serak
Terpikir dah mesti tak sihat ni
Check suhu badan masih ok
Saya sebenarnya dah berat hati en kam nak pergi trip
Saya dh cakap takut khayr demam
Last minit jugak saya cakapnok xpela pergi jer la
Walaupon mmg berat sangat hati

Malam tu en kam pergi Fishing trip
Keluar rumah senyap senyap sebab takut Khayr nangis
Tapi petang balik sekolah dah cakap kat khayr.. abah nak tidur rumah kawan
Khayr dh bising nak ikut huu
Masa en kam keluar..khayr tengah tgk tv
Tetiba dia sedar.. abah xde

Abah mana?

Khayr tanya.

Abah tidur rumah kawan. Esok abah balik

Terus dia turun katil pergi cari en kam dan nangis. ;(
Lama ... samapi tersedu2. Sedih  sangat masa tu
So saya kol bg dia ckp dengan en kam. Lagi bertambah sedih. Last2 saya pujuk dia tgk tv n tidur.
Malam tu saya tak boleh tidur.
Rasa tak sedap hati..so tgk je khayr tidur
Pkul 12..  12.30... 1.00..1.30... 2.00...
Saya dok tengok jam
Tah mcmana tertidur
Pkul 2.50 saya terjaga. Dengar khayr mcm mengerang
Terus cek suhu.. termometer dan ubat memang saya dah standby kat tepi katil
38.9'C
Ya Allah DEMAM

Terus ambik ipren masuk kan dalam bontot.
Malam tu memang saya tak tidur berjaga jer sampai pagi

Pagi hari sabtu

Semua ok. Suhu macam biasa..  around 38'C
Saya selang seli ipren dan alvedon setiap 4 jam
Pkul 2.30 khqyr tidur
Saya rasa kaki dan tangan dia sejuk. Dia mcm menggigil sikit
Sepatutnya pkul 3  ptg br masuk alvedon
Saya cek suhu badan Khayr
38.3

Saya decided umbagi alvedon
Walaupon tak sampai masa lagi
Pergi dapur nak basahkan towel nak sponging khayr
Sekejap je. Tgh basahkan towel.
Tetiba dengar bunyi something
Terus pergi bilik nak cek khayr
Nampak khayr dh kena fibrile convulsion :(

Terus saya bwk dia pergi toilet
Showerkan dengan air sejuk
Masa tu tak boleh pikir.
Takut
Panik
Semua ada

Sambil showerkan khayr .. saya panggil nama dia
Dia masih tak release
Terus teringat ubat diazepam
Bwk khayr masuk bilik. Mengiringkan dia..
Dan masukkan ubat diazepam tu di bontot
Tapi tak banyak pon yang masuk
Saya nampak byk yang keluar
Saya panik.. tak masuk betul agaknya
Saya bwk khayr pergi toilet showerkan dia lagi
Dalam toilet tu baru saya perasan yg khayr dh release fit
So bwk dia ke bilik.. tukar kan baju yang basah tu nak bwk dia ke hosp

Saya baringkan khayr dalam stroller
Masa ni dia macam lemah.. mata separa terbuka lepas tu pejam balik
Saya tukar seluar pakai tudung grab handbeg
Masa kat stroller. Saya panggil khayr lagi
Alahmdulillah dia bukak mata
Saya cakp

Kita nak pegi hosp ye khayr. Khayr ok tak?

Khayr jawab

Nape ibu? Nape ibu crying?

Waktu tu baru sedar saya menangis ;(
Saya panic. Menggigil tangan dan kaki ;(
Terus berlari ke hosp
Masa dalam lift pakai kan khayr jacket
Dia dh sedar dan nak bangun duduk tak nak baring
Sampai emargency.. pergi kaunter terus  diauruh masuk ke dalam
Di dalam bahagian emergency kanak2 (barnakutan)
Cerita pada nurse apa yg berlaku
Nurse cek suhu badan khayr lg sekali
39.7'C

Saya dibawa masuk ke dalam satu bilik untuk treatment
Nurse minta saya cerita once again apa yg berlaku
Ubat apa yg saya dah beri pada Khayr
Lepas tu nurse cek bacaan oksigen dalam darah khayr.. blood pressure.
Alhamdulillah semua normal
Sebab suhu badan khayr masih tinggi. Nurse cadangkan ambil lagi 60mg alvedon
Saya setuju je
Tak lama lepas tu doctor datang
Doctor cek telinga..kerongkong paru2 mcm biasa
Semua normal doctor cakap

Baik doctor ni... saya banyak tanya pasal fit pada dia
Betul atau tak tindakan yang saya buat tadi
Masa khayr kena fit tu
Tanya apa side effect diazepam
Side effect fibrile convulsion pada bdk mcm Khayr
Lepas tu nurse ambik darah untuk cek if ada infection
Khayr minta nak minum air
Tapi nurse bagi aiskrim hehe

Result clear.. no bacterial infection
Masa doctor terangkan tu.. air mata say mmg dh berjurai2
Rasa sedih sangat
Rasa kasihan sangat
Rasa bersalah sangat
Pada Khayr

Doc bagi saya tisu untuk lap air mata
Dia cakap jgn risau
Takde apa yg nak dirisaukan
Khayr is ok
Cuma kena control n monitor suhu
Doc cakap apa yg saya buat masa khayr kena fit tu was perfect
Nothing is wrong
Lagi laju air mata saya turun
Khayr lap air mata saya ;(

Saya ckp saya risau takut sbb tinggal berdua dengan khayr
Takut kalau nanti jadi lagi benda yang sama
Doc cakap kalau saya  nak.. dia boleh arrange ward
Boleh tidur ward malam ni sampai khayr sihat
Tapi kalau saya xnak pun xpe
Sbb ikut medical condition xperlu warded
Doc tanya saya nak yang mana
Balik rumah atau warded?
Lama saya diam
Xtau nak jawab

Akhirnya saya cakap saya nk balik
Saya confident boleh jaga khayr
Saya yakin khayr lagi suka selamat dan boleh rehat di rumah
Doc senyum
Dia cakap itu sebaiknya
Saya pun pakaikan khayr jacket n kasut
Beritahu dia kita nak balik rumah
Khayr cakap nak aiskrim :)
So balik tu kami singgah pulsen beli aiskrim
Khayr nak beli 2. Satu utk khayr. Satu untuk abah :)

Sampai rumah.
Pujuk khayr makan aiskrim
Mandi
Makan nasi

En Kam sampai rumah pukul 10.30 malam
Khayr dah tidur
Kesian
Tunggu abah sampai tertidur
Malam tadi saya tak tidur.
Berjaga . Takut nak tidur. Risau benda yang sama berulang

Pagi ahad.

Alhamdulillah beransur baik
Masih demam panas
Suhu masih tinggi..
Tapi khayr dah bangun main
Alhamdulillah

Ibu doa anak ibu cepat sembuh
Ibu tak dapat bayangkan kalu benda buruk berlaku pada Khayr
Ibu sayang Khayr
Sayang sangat2...

Cepat sembuh sayang ♥

My STRONG boy 

17/52

New toys, PlayDoh . We love you sayang.




Friday, April 25, 2014

Basikal pertama


Macam dalam tajuk kat atas tu la kan, nak cerita pasal basikal pertama Khayr :)
Sebenarnya dah lama dia minta nak basikal
Hari hari balik sekolah mintak nak basikal

Khayr nak basikal color black

alahai kesian pulak bila dengar
Puncanya dia tengok kawan dia naik basikal pergi sekolah...hai macam2
Ikut kan hati memang malas nak ikutkan
Tapi bila tiap2 hari dia cakap nak basikal...kesian la pulak kan
so hari rabu saya kerja kat hosp depan rumah ni je.
kebetulan kerja habis awal. So ajak en Kam pergi beli basikal untuk anak kesayangan ibu
kitorang dah survey harga.. ada satu kedai je murah. Murah 2 pon mahal jugak la. Malaysia lagi murah huuuu
so ptg tu ambik Khayr awal dari sekolah. 
Bergegas kami pergi Kungens Kurva misi cari basikal heeeee

Khayr excited bila abah ckp nak pergi beli basikal. Mulut asyik pok pek pok pek ckp 

yeayy nak beli basikal svart*hitam*

Berdebar jugak sbb basikal yg murah tu kaler putih haha
sampai sana si Khayr tidur plak
Xpe, En kam cakap jom ler kita jalan2 dlu
Bagi si Khayr ni puas tidur.
kami masuk survey lagi basikal yg ada jual katsitu. Puas la pusing 2 kedai.. xbangun lagi si Khayr ni. 
so jenjalan la dalam Media Markt tengok2 barang elektrik elektronik
ada kamera murah.. tpi sabar je la. Xnak beli dah. Nak beli kat malaysia je. Murah huuu

lastly kitorang decide kejut je la si Khayr ni.nak tunggu dia bangun pukul berapa pulak kang
bila kena kejut biasala...mula la moody sikit
suruh try baik basikal pun xnak
bila suruh naikla basikal ibu nak beli yang mana Khayr suka
tetuba dia nagis pulak. nangis yang jenis tak dengar suara.. air mata jer meleleh. 
alahai anak. sedih sangat ibu tengok ni haaaa
pujuk peluk2... bawak dia pergi XXL 
kedai yang ada basikal murah tu
10minit jugak dok pujuk dia nak yg mana
dia masam jer haishhh
last2 baru dia ckp ok..

khayr nak basikal ni

fuhh selamat. Dia tunjuk basikal yg murah tu.terbang duit ibu sek499 

so bayar semua. Kalu nak kedai pasngkan.. kena tmbah lg sek150
Amboi sangat ni. Memang cekik darah hahaha
so en Kam ckp cpela. Dia confident  dia boeh pasang sendiri
Jadi balik la rmh naik bas.mengangkut box basikal tu. Waktu ni mood khayr dh elok sikit. Dh senyum2 hahhaa

sampai rumah terus operadi pasang basikal
Our first child first bicycle :)

Semangat abah pasang basikal
khayr pun semangat tolong
ibu semangat jugak
semangat ambik gambar! Hahahaha

lama jugak nak pasang... tp okla hasilnya nampak la rupa basikal kan hahaha

dah siap kemain semangat si khayr ni nak terus main
xnak main dalam rmh.. nak main kat bawah dia cakap
sabar jer la
kitorang dh penat sebab dari pagi kan
tapi layan kan jugak
bawak dia pusing 2-3 round kat bwh
Kena praktis lagi.. xpandai kayuh  lagi
tapi lepas 4 hari anak ibu dah pandai kayuh basikal with training wheels
good job khayr. Duktig!

We love you sayang
enjoy your first bicycle 



Tunggu bas nak balik rumah... masa ni mood Khayr dah elok sikit :)
En Kam pun berangan nak beli basikal jugak. Beli kat Mesia jer la enchik! 
Precious moment hahaha

Amboi dan dan nak kiss abah. Ibu yang bayar ok. Banah tolong angkat jer hahahaa

Pemasangan bermula
He wanted to help :)
Dia pun nak jugak pam wheel basikal tu
Letak kaki kat sini Khayr... 
Amboi.. barang baru la katakan, naik atas terus lap basikal dia. hahahaha

Monday, April 21, 2014

16/52

I wish you will have a better future than us  my son ! I will always pray for you.

Wednesday, April 16, 2014

Baby


Have I told you guys that My aunty, kak Ani just delivered a beautiful baby girl last month. MashaAllah, beautiful and healthy baby. Just what I dream for :)

Isnin lepas, balik dari sekolah...dalam bas sekolah teringat Kak Ani. Aritu dia cakap EDD in March... tapi diam jer..hehe. So decided to give her a phone call. And guess what!! she was on her way to the hospital when I call her. She took taxi because Abg Man kat kedai... I was so excited, eh macam ko yang nak beranak kan shima! haha Tapi memang, balik rumah terus bagitau EN Kam, Kak Ani dah otw ke hospital. She can delivers anytime kan.

Macam biasa, masak dinner main dengan Khayr lupa plak pasal Kak Ani haha. Teringat dah malam, tengok phone ada missed called from her. Return called. Guess what, she just gave birth to a baby girl! sounds so excited . alhamdulillah.Terus plan with En Kam to visit her, before we leaving to Keukenhof. Texted Kak Hani Pok if she would like to join us. And YES she happy to go together with us. 
Because  on Saturday, Embassy organised bacaaan yassin for Kak Shal and Abang Azizul, on Sunday morning off we go.
Punya semangat pagi2 dah mesej kak Hani tanya nak pergi pukul berapa. Supposed to message her the night vbefore, but saya terlupa hahahaha.
Pagi pukul 10 lebih kami jumpa kak Hani di Flems station dan rombongan kak Mah pun menuju ke Rinkeby menaiki keretapi hehehehe.

Sampai rumah Kak Ani, Abg Man dah pergi kerja. Tak sempat nak jumpa. Hari Ahad kedai bukak lewat sikit... tapi abg Man dah keluar dulu nak beli barang. Anak2 kak Ani ada semua. Lama tak jumpa diorang. Selalu kitorang pergi kedai jer, sebab kedai lagi dekat dengan rumah. Sambil tu boleh makan sushi hihihihi. Masa sampai, baby tengah minum susu. Kami tunggu Kak ani di luar, kak Hani dah terjah masuk dalam bilik hihihi.

COMEL sangat babyyyyyyyy girl kak Ani. Geram tengok. Jari panjang, gebu bulat ! hihihihihi

Seronok dengar cerita Kak Ani pengalaman dia lahirkan baby girl tu, nama apa ye. lupa plak. Abg Man dah bagitau aritu...adoi lupa plak. 

Enjoys the photo.









Ya ALLAH, murahkan lah rezeki kami ya Allah, semoga Khayr akan dapat adik.. atau adik2.. 

Seronok kalau family besar ni. Nanti ibu dan abah usaha ye Khayr hihihi. Amin

Tuesday, April 15, 2014

15/52

My sunshine. Never failed to make me smiles :) I love you sayang. 





Random


Helloooo
Banyak benda nak cerita, tapi macam takde mood nak tulis
Agak busy... macam banyak benda nak buat, nak kejar deadline 
Isnin minggu lepas kena buat presentation in the group meeting
Which the slides were ready like 10 minutes before the presentation! 
Hahahahaa
After all, the presentation went well. Alhamdulillah. Walaupun baynak soalan yang saje je nak tanya bagi orang nampak kucar kacir nak jawab kan...huuuuuu

Kami baru balik dari Amsterdam. Takdela baru sangat sebenarnya,
Dekat 2 minggu dah
Cerita Amsterdam nanti la cerita ye
Kena ada gambar baru best hihii
Malas sungguh nak transfer gambar huuuu.

Nak cerita pasal weekend minggu minggu lepas.
Punya banyak lepas tu pepaham jer la ok. 
Maksudnya dah lama benor la tu hahaha.

Jumaat lepas office ada power test
Blackout a ew times, after I decided to go home 
Senang cerita kan, sebab baru on komputer..tetiba padam lagi
and it happen like 3 times...herghhhhhh
So balik awal tu terus text-ed En Kam, bgtau dia sebab dia nak pergi makan sushi
Eh bukan pergi makan suhi....hahaa. nak hantar minyak gamat untuk kak Ani :)
So alang2 mesti la makan sushikan! hehehehe
Jadi ke aspudden la kami
Tak stay lama pun, dalam sejam jer. Borak2 kejap, dalam pukul 4 ptg gerak balik
Kami singgah Skarholmen beli barang dapur
Lepas tu singgah beli hadiah untuk Ahmad, newborn officemate

Sabtu lepak rumah je, bangun tidur rasa nak makan laksa
Nasib baik En Kam rajin nak gi membeli ikan pagi2
So lunch laksa la kami hari tu
Ajak geng2 student yang lain jugak.
Seronok Khayr dapat main dengan Erfan hihi

Ahad, En Kam pagi2 dah pergi main badminton
pukul 10 baru balik
Saya bangun awal tak tahu nak buat apa
Teringat tengahari nak pergi rumah Kak N'rmah
Ada jemputan birthday party, so terus godek2 dalam almari dapur
apa la nak masak  ni kan...
Selak2 buku hanieliza tu, yeayyy buat kuih lopes la
Nasib baik jadi hehehehe, tp tak dapat banyak
2 cawan dpt dalam 12 ketul jer lopes, sadis sungguh
En Kam nak pergi rumah kakak No*mah naik basikal dengan Khayr
So saya janji dengan alin n famili jumpa kat Huddinge
Berlari bawak kuih lopes nak kejar bus. sabar jer lah tauuuuuu
asib baik sempat kejar bus hehehe. Jumpa alin n kak CT kat huddinge.
Seronok bila gathering ramai2 macam cerita keluar
Kak N*rmah and abg K*rim ni chef, so makanan mmg superb la
ada kari kambing, ayam masak merah, butter prawn, smoked salmon.
terbaik lah
Khayr pun seronok jumpa yaya n Qiqi, Zahim n Ilyas

Hari Selasa n Rabu saya tak boleh tidur.
Sakit gigi yangsa mpai makan Alvedon tak membantu, makan Ipren pun sama je.
Sampai menagis la malam tu tak boleh tidur.
Khayr lap  jer air mata saya bila saya nangis
dia tnya ibu crying? 
Lagi laju ibu nangis... hahahhahaha.
So tekad Khamis pagi tu, saya bangun pagi2 cari kat internet mcmana nak jumpa dentist
Kat stockholm ni pepaham la, semua by phone call appointment,Hangin jugak kadang2
Saya jumpa Emergency untuk clinic gigi di St Eriks Ogon Hospital
Sampai sekolah pagi tu, saya terus called klinik gigi yang biasa saya pergi tu
Dia bagi appointment esoknya pukul 7.45 pagi, bila tanya akan buat treatment tak? boleh dia cawap we have to see the tooth first! later we do the treatment, so kirim salam jer lahhhhhhhh

Saya called pulak St Eriks ogon emergency tu...
Dia cakpa boleh walked in, treatment bagi hari tu juga.
Lega dengar
So cepat2 gi masuk lab siapkan keje, pagi tu la pulak kena buat MO injection kat zebrafish!

dalam pukul 12 tghari siap, terus naik bus pergi \St Eriks hospital
Dapat no 81. Masa tu baru nombor 71.
So receiptionist adviced pi jenjalan dulu. Another 2 or 2 and half hours datang balik.
I was like whattt????? 
Tapi redha jer la,
Saya gi makan, shopping lite2 hahaha yg sakit gigi bukan mata n tangan nak bayar shopping tu hahhaaha
lepas 2 jam, datang balik ok baru no 76
Tunggu another one hour baru ler sampai my turns huuuuuu
Dentist nama Ibrahim... org Iraq agaknya
Dia tengok jer gigi saya dia cakap memang kena extract
Wisdom tooth tu dah lubang besar sanagt huuuuuu.
SO tadah jer la mulut kan
Masa dia inject ubat kebas tu, saya dah meleleh air mata.
Siap Dentist Ibrahim tu tolong lapkan airmata i okay! Drama sangat hahahaha
Overall dia buat kejap jer, zas zassss eh dah cabut? hahaha. kejap sangat!! Penat i nangis ok. hahaha

Doc suruh duduk kejap rest dulu before keluar
elok sangat sebab even lepas keluar nak bayar tu, rasa pening n tangan still sejuk. Penakut benor cik Shema ni hahaa
Kena bayar sek 1455, tapi cik Shema dah tak kisah, asalkan sakit tu hilang huuuu
Balik rumah naik pendeltaq rasa mcm alien jer sebab rasa bibir bengkak haha
sampai rumah tunjuk kat Khayr gigi Ibu kena cabut n berdarah
Dia punya takut nak tengok gigi tu hahaha
Tapi masih malas gosok gigi, sabar jer la khayr !

Ok tu jer la nak cerita. conclusion, cik shema seronok n happy sebab dah tak sakit gigi lagi! :))