Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 25, 2012

Orang biasa.. basikal tua.. hehe

Salam semua
Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.. or kalau saya panggil raya Haji je.. hihi
Esok kami akan pergi bersolat hari raya di kedutaan
Harap2 esok tak hujan
Kalau tengok weather forecast, esok hari cerah
Cume suhu sedikit sejuk.. ok sejuk banyak ..heee
Masih dok mencari resepi, tak tahu esok nak masak apa
Kalau tanya dekat En Kam.. senang je jawapan nya
Masak je la apa2 yang simple..
Kita nak pergi bersolat hari raya.. bukan nak makan =.='

Mula2 ingat nak masak bihun goreng, dah pesan kat En kam beli daging
Tapi bihun pulak yang takde... tak terdaya pula nak pergi ke Hong kong semata2 nak beli bihun
Hari ni saya berpuasa sunat
Tambah pulak buat protein extraction pagi tadi sampai ke pukul 2 petang
Memang dah tak terdaya nak merempit ke Hotorget beli barang
Maka nya, kita masak je la apa yang ada kat rumah tu ye.
Paling habis pon, saya masak rendang ayam jer la.. ok la tu kan huhu

Owh kami dah ada basikal tau
Kak Q beri kami basikal yang dia inherit dari kakak di sini
So semangat la En Kam beli kan child seat untuk Khayr
Helmet juga..
Tapi cuaca pulak dah sejuk sekarang, dan asyik la hujan
Memang tak de mood nak berbasikal
Tapi hari Selasa lepas cuaca agak elok cerah
Walaupon sejuk, tapi nak main basikal punya pasal
 En Kam ambil Khayr balik dari sekolah naik basikal
Seronok la Khayr..apa lagi
Dah tak nak turun basikal pulak dah
En Kam pergi farmasi, dah saya pulak kena kayuh basikal tu
Tapi seronok jugak

Jom layan gambar

child seat tu kami beli online di lekmer.se
murah juga sebab harga asal sek700++ , kami dapat SEK499

Brand Hamax Kiss
Helmet khayr kami beli di xxl.se
Brand etto, sale juga.. harga asal SEK399, kami dapat hanya sek149

Tak sabar nak tunggu panas sikit.. boleh la bawa khayr naik basikal lagi.. hihi
Muka masam sebab nak pergi sekolah naik basikal...hehehe
Weekend ni kita main basikal lagi ye sayang

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 





Thursday, October 4, 2012

Thomas and friends! Choo chooo

Alhamdulillah Khayr dah nak masuk 22 bulan
Hujung tahun ni anak ibu dah 2 tahunKejap betul masa berlalu
Masih teringat lagi kenangan lahir kan Khayr
Dari perut dah boyot, tapi boleh pergi jenjalan kat MAHA..hehe
Sakit, pergi hospital, balik rumah, sakit, pergi hospital balik
Anak ibu kena warded kat NOCU seminggu
Semua tu tak kan ibu lupa :)
Antara kenangan terindah orang cakap! hihihi

Khayr pon dah besar sekarang
Kalau hantar di apegi sekolah pagi2
Memang ceria jer muka tu
Pagi pergi sekolah muka ceria
Balik sekolah pon muka ceria
Dah pandai sekarang... nak pilih kasut sendiri
Nak pakai kasut yang mana, stoking yang mana.. Topi yang mana
Sikit hari lagi, mesti mengajar ibu kan! hehe
Muka ceria balik sekolah, abah muka moyok sebab lapar. haha

Sekarang ni, Khayr suka tengok cartoon Thomas and friends.
Pagi2 sebelum pergi sekolah ke, balik sekolah ke, mesti nak buka ipad
nak tengok Thomas.. choo choo
Haishhh
Tapi ok kan thomas and friends tu??
Dari cerita carton yang ada tunjuk aksi2 ganas tu
Risau juga takut dia ikut
Sempat lagi tu, sebelum pergi sekolah, layan thomas dulu 1 round!

Buku the lion and the mouse pon dah tak layan
Suka baca buku pasal transportation ni.. sebab ada train, tractor, aeroplane! :)

Kesian main sorang2 , En Kam xde weekend aritu, bila ibu nak main..dia asyik cakap nej nej.. salah agak nya cara ibu main tu.. hai la khayr

Kusyuk betul dia main
Saya dah tau ada theme untuk 2nd  birthday Khayr nanti!!!
Yeayyy ...hehehe
Cuma harap2 nya jadi la kan
Jangan hangat2 tahi ayam sudah
Sebab birthday Khayr nanti ibu ada course Statistic la pulak.
Mesti letih.. huhu
Ada orang tu bercita2 tinggi, nak buat kek birthday macam kat bawah ni
dok ulang tengok lebih sepuluh kali dah
Doa2 kan tau.. moga2 menjadi lah projek tu nanti... amin!!!!





Mini Zoo


2 minggu lepas kami ke Skansen.
Skansen ni open museum dan mini zoo di Stockholm
Hajat nak pergi Skansen memang dah lama.
Mula2 plan dengan En Kam nak bawa Khayr pergi masa Summer tempoh hari
Tapi sebab summer aritu kan puasa
Jai terkubur macam tu jer lah hasrat kitorang tu

Khayr ni memang suka tengok haiwan (ke semua budak memang macam tu?)
Saya suka buka dokumentari pasal haiwan kat tv
Nanti dia mesti berhenti main dan kusyuk layan tv.. hehe
Walaupon dokumentari tu in Svenska, kita layan kan jer lah kan
Kusyuk kan!

Sibuk panggil ibu nak tunjuk moose kat tv.. hehe
So hari tu kebetulan cuaca elok, jadi kami pun tekad kan hati ke Skansen
Hehehehe
Dari Slussen, kami ambil boat ke Djurgarden
Seronok Khayr naik boat.. sibuk tunjuk boat lain yang lalu sebelah boat kami

Peace!!
Geram dengan budak kecik ni
Tengok la tu.. bukan main lagi dia berlari.. seronok sangat la tu :)
 Bayaran masuk SEK 100 untuk adult dan percuma untuk kanak2 bawah 4 tahun kalau tak silap
Mula dari pintu masuk tu.. saya biar kan Khayr berjalan
Dia memang tak nak duduk dalam stroller dah
Haiwan pertama yang dia jumpa adalah ITIK!! hahaha
terus mulut pon pok pek pok pek macam itik! hahaha
sibuk suruh saya tengok itik! hahaa
Skansen ni luas juga
Memang letih juga lah berjalan
the colobus monkeys!

next year maybe Khayr boleh ride kuda ni.. :)
taman rama2
seronok tengok ayam!
Apa tu ibu??? itik sayang
Khayr bisaing buat bunyi kooooo sambil jari buat tanduk kat kepala!
Mbeekkk.. hehe
Dari pintu masuk, kami ke bahagian haiwan ternakan
Jadi kebanyakan haiwan yang kami jumpa ada lah haiwan yang ada jer kat kampung kat Malaysia
Good for Khayr sebab dia tengah excited, and haiwan ternakan ni dia biasa tengok dalam buku.

Lepas tu kitorang ke Lilla Skansen (mino zoo).
Kat sini, ada haiwan juga, tpapi kawasan dia lebih kecil berbanding Skansen

Ekorren!!
Hahaha.. khayr testing dulu katak ni hidup ke tak :P
Cakkkk :D
Kambing ni diorg lepas jer, so budak2 boleh main n pegang. hehe
Jinak seal ni datang kat kitorang.. hihi
Elks.. besar jugak. ala2 moose
Reindeer.. comel kan.
Kat sami camp.. kat sini diorg bina rumah2 tradiosional Swedish.. so kita boleh tengok macamana Swedish zaman dulu2 hidup..

Penat juga berjalan dalam Skansen ni.. Khayr last2 tertidur dalam stroller.. letih kot.
Tu pon puas dia berjalan sebab kami tak letak dia dalam stroller
Memang purposely nak bagi dia explore
 Next year memang nak pergi lagi :)