Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 25, 2014

Dah bujang

24 Feb 2014 Isnin

Hari ni hari pertama Khayr pergi sekolah diapers free :)
Ibu dah pergi sekolah awal pagi. Abah yang siapkan Khayr pergi sekolah. Abah cakap, lepas bangun tidur..  pergi toilet dan siap2 pakai baju ke sekolah. Khayr tak nak pakai diapers. Khayr nak pakai boxer dinosour hehe

Lepas breakfast, sebelum abah hantar Khayr pergi sekolah.. abah tanya Khayr nak kissa tak. Tapi Khayr taknak. Sampai sekolah kawan kawan main kat luar. Abah risau sejuk Khayr terkucil . Abah nak pakaikan pampers.. tapi Khayr taknak. Petra cakap it's okay. She can handle if anak ibu nak kissa :)

Balik sekolah.. abah tengok Khayr masih pakai baju yang sama. Good sign. Hasse cakap Khayr ok pergi toilet sendiri. Alhamdulillah. Ibu proud of you sayang ♥♥

Semoga hari ni... esok dan seterusnya Khayr terus berjaya. Hehehhe.

Dah bujang anak ibu ♥♥

Saturday, February 22, 2014

8/52

He loves coloring.. drawing.. making crafts. All related to art ♥ ibu love you sayang ♥♥

Thursday, February 20, 2014

Three series

It started last year on my birthday. I just can't believe that I'm turning 30 years old that year. Very hard to explain the feeling. I feel old, I keep on worrying about my body, my health, my skin.. everything. The number 3 in the front such a big deal for me.

Thus I made my on research about skincare product. Knowing that all these years I keep on neglecting my skin my body .. After the research, so many product , I can't decide which product to buy or to try or to start with. Good reviews, but not good for my pocket money. Average reviews, average damage to my pocket money. Decision decision.. So hard to make a wise decision. Finally I come across to the product below. 



Loreal Youth Code Rejuvenating Anti Wrinkle Night Cream
No no.. it’s not because i have wrinkle hahaha (or maybe yess but i try to deny?? Haha) But knowing your skin will not be the same when you are at late 20’s (sedar diri!)    So i started to find product to start with or let say to give a try. Accidentally found this cream at H&M. Not so expensive, valued for money. Why not give a try right?
Have been used this product since last year
So far nothing big different i could notice
Maybe because I don’t use it everyday 
And today I bought another product form Loreal.

Loreal Triple Active Day Moisturizer Cream
Again, valued for money (nak yang murah jer kan hahaha) . Now time to be discipline. Another my new year WISH :) Since I came here, I noticed that my skin is dry. Blame the weather. Plus in Malaysia, I go to do facial every month without fail. And I never dis or went to facial since I come to Stockholm. Poor me. Eh poor my face, my skin... I wish to see at least my face moisturize than before. Takde la kering jer kan... We'll see.
And...

eh ada lagi! Hahaa. Lupa pulak ;) I bought youth code super concentrated serum rejuvenating booster. Nanti lepas 3 bulan kita tengok how the results are ye. 

Sunday, February 16, 2014

7/52

My little helper. Always having a good time when he is around to help :)

Thursday, February 13, 2014

Tetamu jauh

Semalam kami ada tetamu. Jauh datang dari Jordan. Kisahnya ada kawan masa di MRSM dulu, dia contact EN Kam tanya, boleh tak ada sorang adik nak tumpang tidur rumah. Dia dari Vienna, nak ke Kiruna, North Sweden. Bila selidik2, adik tu sorang je.. travel around Europe seorang dari Jordan. Asal dari Rembau. You know, orang kampung En Kam. hahaaha. Jadi bila En Kam tanya saya, saya ok je. kalau dia sudi tidur rumah saya yang comel ni, saya pun sudi jer terima dia sebagai tetamu :)

Kebetulan semalam dÃ¥rgis Khayr tutup awal pukul 4, adik tu sampai Stockholm around 4 petang juga, jadi saya balik awal ambil Khayr. Sampai sekolah tengok Khayr duduk tepi pintu tengah tengok Moses. Yang Moses pulak tengah menangis. Bila Khayr nampak saya , terus berlari peluk dan cerita  Moses crying. Pok Pek pok pek... Bila nak pakai kan jacket, Ya Allah. Kotor nya!! Saya tanya Khayr jatuh ker? taklah ibu, Khayr main. Huuuuu Yelah anak. Kalau rajin abah hang basuh huuuu.



Balik rumah, konon2 ibu bijak.. tak nak ikut laluan biasa. Jadi ikut dalam hospital... supaya anakku not distracted with other things. Harapannya perjalanan balik rumah smooth la. Tapi harapan jerla. Masuk hospital, berenti nak tengok burung pulak... ibu, Khayr nak tengok bird. Mana ada bird. Tuuuu... ibu tak nampak? bird tengah sleep ^^ anak oh anak. Sebelum balik saya singgah Pulsen kejap beli popia dan butter. Khayr asyik tnya mana abah, mana abah. saya cakap abah pergi ambik abang. abang nak tidur rumah Khayr. Boleh tak? Boleh ibu... Good . Macam tu la anak ibu :)

Ibu, birds sleep. Yelahhhh 
Nak tengok fish besar kejap. Eh fish tu koyak la ibu... ^^ bukan koyak sayang. dia belah perut tu, nak cuci. OOOooo 

Balik terus masak nasi, bagi Khayr makan roti. Tiba2 dengar suara En Kam. Eh dah balik? Kata nak pergi bawak adik tu jalan2 Gamla Stan?? Saya tak masak lagi ni.. terus gelabah. hahaha. Rupa nya adik tu penat, tak nak jalan2, nak balik rumah kami terus. khayr lompat2 suka . mula2 dia tak nanpak adik tu. dia sibuk tanya mana abang? mana abang, abah? ^^

Btw Adik S ni pelajar perubatan semester ke tiga di Jordan. Dia dalam perjalanan solo nak tengok europe. Dari Jordan ke London-Oslo-Copenhagen-Prague-Vienna-Geneva-Stockholm- dan insyaallah ke Kiruna sebelum balik ke Jordan semula melalui London. 

Tahu diorang lapar, terus goreng kan popia tu. Popia tu selalu penyelamat tau hahahaha. Lepas tu kelam kabut masak, daging masak lada hitam (meat black pepper), Sayur campur dengan kupang. Mesin sambal belacan, potong timun siap :) Masa makan ni banyak la yang adik S berita mana dia pergi, mana dia tidur apa dia buat. 

Paling saya terharu, dia cakap Oslo bandar yang mahal. Memang itu saya setuju. Saya pernah ke OSlo dengan labmates dulu. memang bandar paling mahal yang pernah saya sampai. huuuuuu. dia cerita dia hanya minum air mineral harga NOK 35. Sedih terus saya dengar. Bukan kasihan, tapi rasa sebak :( Di Prague dia tidur di Youh Hostel, harga Euro 5! Dua kali saya tanya, betul ke harga tu? hahaha . Betul kak shima dia cakap. Prague bandar murah. Ok next trip akak pergi Prague. Dan dan.... hahahaha. Lepas makan, saya msuk bilik kasi chance dia dan En Kam borak2 panjang. Sebenarnya saya segan hahaha, walaupun dia baya adik2 saya, tapi segan sebab dia nampak beriman ewahhhhh. Sebelum tu saya bancuh kopi dan letak biskut meri atas meja.

Dok baring2 tu teringat pulak dia cerita dia minum air jer kat Oslo. Terus sms En Kam, tnya boleh tak kalau nak bekal kan adik S ni makanan dinner tadi. saya masak banyak.. konon untuk bekal sekolah besok. Tapi tu xpe, nanti kita fikir apa nak bawak esok. En Kam reply ok jer. Terus bangun bungkus kan nasi, daging sayur n sambal belacan tadi :) At least dia boleh makan masa sampai di Kiruna kan. Kalau la makanan mahal, dia ada option untuk makan makanan saya yang saya bekal kan tu huuuuuu. dah macam mak2  pulak la ko ni shima. Tapi memang anggap dia mcm adik2 pun. Adik S baru umur 20 tahun ^^

Masuk balik baring, rasa tak sedap pulak. Teringat ada keropok udang. Bangun goreng. Hehehe. Tetamu jauh kan... Adik S kata kenapa la akak susah2. Tak susah dik, goreng jer. bukan kena uli ke apa. Teringat arwah mak dulu. Kalau ada kawan adik2 datang rumah, mesti mak jamu semua makanan yang ada dalm rumah. semua makanan yang kat dapur tu mak  bawak keluar. Arwah Mak kata Tetamu ni bawa rezeki :) 

Pagi tadi, saya goreng bihun. Kenyang sikit kan nak jalan jauh. Sebab saya ni jenis selalu lapar kot, tu yang mesti dok ingat takut lapar kalau tak makan berat pagi huuu. Terus goreng bihun laju2.. bancuh air teh BOH. Letak atas meja, solat subuh n siap2 ke sekolah. 

Padi tadi adik S dah naik flight ke Kiruna, saya doakan adik S dapat pengalaman berharga dalam perjalanan dia ke Europe solo ni. Khayr pun sedih tadi En Kam cerita adik S nak balik. Nak ikut naik bus Blue ^^ Malam tadi siap nak tidur dengan abang heeeee.

Insyaallah ada rezeki jumpa lagi. Kalau tak di luar begara, di Rembau mungkin kan? Insyaalllah 




Wednesday, February 12, 2014

Baby K

Hahahahahaha. Ok ketawa first before I start writing
While browsing about pregnancy in Stockholm (yup, I'm desperate like that), I found very interesting website.  It combined my photo and my partner photo, to make my future baby looks. Fun right, no? So lets me introduce you how my very first baby girl would look like! 







Tadaaaaaaaaaaa













































Hahahahahahahahaahahaaha

she is so comel right? my baby K :)



Ok back to reality. Lets work harder to get conceived. LOL 

Tolurrr

Sekarang ni Khayr dalam fasa semua nak tolong... semua nak buat sendiri. Macam dia selalu cakap. Khayr bukan boy. Khayr big boy ! hahahaha. Dia paling suka dengan telur. Kalau baking cake, dia la tukang pecahkan telur dalam bowl. Suka goreng telur.. Tapi tak suka makan telur. Nowdays dia suka susun telur dalam firdge pulak.. hehe.

 Ermm, mana nak letak letur-telur ni kan

Hah... sini ada kosong. Letak sini lah

 Yeay dah penuh

Ibu, Khayr dah help. Dan siap

Eh, ada satu koyak (Pecah)
Its ok sayang. Next time be careful ok. 


Tuesday, February 11, 2014

My precious Khayr

Khayr sekarang dah 3 tahun 2 bulan.

Dulu masa Khayr umur 1 tahun, ibu cakap itulah umur yang ibu paling rindu/suka sangat. Tengok anak ibu membesar. Dari meniarap.. merangkak...berdiri.. dan berjalan. Kita datang ke Stockholm masa Khayr umur 3 bulan.. almost 4 bulan. Khayr pandai meniarap masa umur 4 bulan lebih. Kita tinggal di rumah nenek, kawan pak ngah Man Aspudden. Belajar merangkak pun kat rumah nenek tu. Khayr pandai berjalan masa umur 1 tahun 2 bulan. Comel sangat! Terkedek-kedek dengan bontot bulat tonggek pampers hahaha. Khayr tak pakai walker untuk bantu Khayr belajar berjalan. Rumah kita kecik tak sesuai nak guna walker. Dan ibu pon banyak baca drawbacks mengenai walker ni. Khayr sejak kecik memang budak baik. Suka ketawa... jarang sangat nangis. Bila ibu bawa Khayr keluar... Khayr mesti tidur dalam stroller heeeee. Sejuk agaknya. Kalau pergi mana2... mesti ada jer mat saleh tegur.. nak main2 dengan Khayr.

Antara umur 1 ke 2 tahun...  banyak perkembangan Khayr yang ibu nampak. Khayr dah pandai bagi barang yang ibu mintak. Benda pertama yg Khayr bagi ibu adalah penyangkut baju hahahhaa. Ibu ingat lagi. Khayr umur 1 tahun 6  bulan. Khayr tengah tolong ibu lipat baju. Ibu cakap , khayr tolong bagi ibu penyangkut baju tu. Mula2 Khayr macam xpaham.. xtahu apa yang ibu mintak. Bila ibu tunjuk penyangkut baju tu.. dan cakap sekali lagi. Baru Khayr ambil penyangkut baju tu dan beri kepada ibu. Masa tu ibu gembira sangat. Sebab anak ibu dah pandai  terima arahan hahahaha. Terus bagitau abah :)) sejak tu, the list goes on. Khayr, tolong ambilkan ibu remote tv. Khayr , tolong ambilkan telefon ibu. Khayr.. khayr.. haha mcm2. Abah pulak suka suruh Khayr tolong tutupkan lampu hahaha. Tp abah cakap in Svenska. Owhh your very first Swedish word was *tittar* which means look! Bila balik or pergi sekolaah, Khayr suka pointing to something lepas tu cakap... ibu, tittar!  Hehehee . ibu tak kan lupa suara dan jari comel tu :) Masa Khayr umur 1 tahun 8bulan. Khayr dah pandai nak pilih baju sendiri. Seluar mana bak pakai. Baju warna apa nak pakai setiap kali lepas mandi. Masa ni Khayr suka sangat warna oren! Haahaha. Asyik2 nak pakai baju warna oren. Owh oren warna pertama yang Khayr kenal!! :)) kadang2 abah stress nak pakaikan Kahyr baju. Sebab Khayr merengek nak pakai baju lain hahaha. Khayr suka sangat main keretapi Thomas and friends. Sampai sekarang :)

Masuk 2 tahun, khayr dah pandai bagi arahan kat abah dan ibu! Hahaha. Nak makan apa.. nak pakai baju apa. Nak tengok cerita apa kat tv! Hahaa. Masa ni Khayr banyak observed dan ikut apa yang ibu dan abah buat. Ibu takut sangat kalau ibu bagi contoh yang taak baik pada Khayr. Ermmmm. Owh Khayr dah pandai tidur atas katil sendiri masa umur 2 tahun ni. Rumah kita kecik.. jadi ibu beli katil untuk Khayr dan  letak sebelah katil ibu dan abah. Malam2 ibu atau abah akan naik tidur sama2 dengan Khayr.. baaca buku cerita dulu baru Khayr tidur :) buku kesukaan Khayr buku *lion and the mouse* malam2 mesti nak baca buku ni. Dalam peringkat umur ni, Khayr banyak belajar untuk berdikari. Khayr suka tolong ibu kat dapur. Kalau ibu potong bawang.. Khayr mesti nak potong juga. Ibu akan bagi satu set untuk Khayr. Heeee. Paling Khayr suka tolong ibu baking.  Khayr suka pecahkan telur dalam bowl.. masukkan tepung. Tolong ibu pegang mixer. Paling Khayr suka makan batter sebelum ibu masukkan dalam oven haha. Ibu ada simpan banyak gambar Khayr tengah makan batter hahaha. Khayr nak pakai baju dan seluar sendiri. Tak nak abah dan ibu tolong. Umur 2 tahun 5 bulan, khayr dah pandai bercakap melayu. At least 3 words. Good job sayang!  Lepas kita balik raya dari Malaysia.. bahasa melayu Khayr improved very well. Dari 3 words kepada 4/5 words. Alhamdulillah :) untuk Svenska, Khayr baru belajar 2 words. Tapi lepas pindah group baru yang lebih besar, Khayr dah boleh cakap Svenska 3/4 words :))

Sekarang Khayr dah umur 3 tahun 2 bulan. Khayr dan pandai berleter kat ibu dan abah hahaha. Bila ibu cakap salah je.. kahyr mesti cakqp eh, bukan la ibu. Hehee. Ibu suka sangat fasa sekarang. Balik sekolah, khayr dah pandai bercerita, main dengan siapa  kat sekolah. Main dengan Lucas, Moses, Clapton( best friend Khayr kat kumpulan baru ni) , Alexander, Adam, Oliver... main apa kat sekolah.. makan apa.. ibu suka perkembangan ni. Ibu suka bila khayr dah pandai bagitau Khayr main/makan apa kat sekolah. Sekarang  bila ibu cakap jom buat kek, Khayr akan keluarkan telur dan butter dari fridge. Bila balik dari Pulsen, Khayr tolong susun telur dalam fridge. Masa ni ibu rasa anak ibu dah besar sangat... :)  sekarang Khayr suka warna biru. Baju seluar stoking kasut semua nak warna biru. Sampai la bas pun . Kahyr tak nak naik bus warna merah. Nak bas warna biru je. Bila tnya kenapa tak nak naik bus merah. Khayr cakap bus blue laju... besar.. bus red laju sikit je. Hahahaha. Umur Khayr 3 tahun, ibu dan abah cuba nak ajar toilet training. Banyak kali Khayr accident kat kapet/ depan toilet. Terima kasih kat abah sebab sabar je. Dan tolong ibu basuh baju.  I love you  abah. Tali ibu masih belum confident lagi. Kena teruskan training ni. Sejak kecil khayr suka tengok dokumentari animals and  transportation. Sampai sekarang.. khayr tak suka tengok katun. Khayr suka tengok cerita top gear, animal planet, dokumentari F1, cerita mengenai mqcamqna nak bina cruise. Hehehe.  kadang2 ibu rasa pelik sebab khayr tak nak tengok katun tapi tengok cerita dokumentari instead. Paling fav adalah animal planet :))

Banyak ibu dan abah belajar dalam perjalanan besarkan Khayr berdua di negara orang. Jauh dari abahwan dan uwan kat kampung. Jauh dari maklong.. paklong.. semua. Semua ni buat ibu dan abah makin kuat dan sayang antara satu sama lain. Ibu dan abah cuba bagi yang terbaik untuk Khayr.  Khayr lahir dalam hidup ibu dan abah... benda yang paling indah dalam hidup ibu dan abah.  Terima kasih ya Allah, atas nikmat yang Kau pinjamkan ini.  Aku bersyukur padamu Ya Allah.  Ibu tak dapat bayangkan hidup ibu tanpa Khayr.  Ibu mohon berdoa pada Allah semoga umur Ibu panjang. Dapat lihat Khayr  membesar. Amin

Ibu love you sayang... very very much! ♥♥♥♥

Monday, February 10, 2014

6/52

Roating marshmallow :) my baby not a baby anymore. ibu love you sayang

Wednesday, February 5, 2014

Confirmed

It has been announced in the KI's website
Wish me luck! 



Monday, February 3, 2014

February

Hello February ! I always love February. You know the Valentine month. No no.. i obviously never celebrated Valentine. But hey 2nd day of the month is my birthday. heee. Yes, I'm turning 31 years old yesterday. I  can't believed myselft last year when I turned 30 seriessss. And today I'm 31? For real? hahaha.

After all, alhamdulillah, all praise to Allah atas semua nikmat selama 31 tahun ni. Syukur pada Nya :) I wish to be more beriman this year. Insyaallah.. Be more productive as a mother, as a daughter, as a wife and of course as a student. As for myself, I wish to be good to myself. Eating healthy food, not that I'm not all previous year.. but I really mean it when I said I want to loose some weight. Ok not some but a lot! Ok you might find this is not new. haha Wish me LUCK! hahaha.  I think I should start be discipline when it comes to the beaty regime. Nowdays bila dah letih and penat, terus tidur.. no night cream whatsoever. Hmmm. Let's try again.  and finally I wish to have a new baby.. wott wott .. yup. I miss to hold a small baby, wake up during the night for breast feeding (like seriously"" but yes it's true) and i miss to smell the small baby. Bau syurga yang orang cakap tu hehehe. Hmmm Let's work harder! hahahaa.


And yesterday, En kam brought us to Naras sushi for lunch :) sebenarnya I yang nak makan sushi and ajak dia pergi lunch outside. If not dia nak masak kan lamb :) Then we changed the plan. En Kam macam biasa over peramah, bila nak bayar dah owners tu taknak. Diorang belanja heee. Maluuuuuu. siap bekal kan daging apatah unutk Khayr .Alhamdulillah. So plan nak masak lamb malam tu cancelled sebab kenyang sushi :)


Lets see if malam ni ada orang rajin masak lamb untuk kita :) 






5/52




His current favorite smiling style! hehehe. His appetite improves very well recently. He could finished 7 'roti jala' at one time. Ok that's one of his fav's food. So I can't judge from that. After all, I love to see when he eats well. 

I LOVE u sayang