Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 21, 2010

Title apa ehh?

Sekejap jer rasa, tiba-tiba dah hari Jumaat kan. Saya pun tak tahu apa yang saya buat minggu ni..huhu.

Oh Jumaat minggu lepas, saya jumpa Sri, kawan masa belajar kat UKM dulu. Banyak bercerita and tanya Sri pasal pregnancy. Baik berguru pada yang lebih berpengalaman kan..sebab baby Fahri, anak Sri dah setahun lebih umur nya. Macam-macam cerita, tak sedar cepat jer masa berjalan. Tengok-tengok dah nak dekat habis lunch hour..haihhh. Xper, kite sambung next time yer Sri..banyak lagi benda nak tanya ni ;)

Rabu lepas, adik saya datang rumah. Saja cuti semester. Lagi pon, cuti ni dia dah janji nak tolong my hubby buat keje. Nak kumpul duit kata nya.. Bagus jugak, dari dia kerja kat KFC ke, supermarket ke.. atleast kalau dia tolong ny hubby, ada la benda yang dia belajar jugak kan. Tapi ni dah 2 hari, kasi chance dia lepak kat rumah dulu. Kesian jugak tengok dia kat rumah, bosan jer.

Hari ni, Insyaallah my hubby pi jemput ibu mertua ku datang ke rumah:) Esok kitorang ada kenduri kat Shah Alam. Saya tak pernah jumpa lagi host kenduri ni, sepupu my hubby sebelah ayah. So esok boleh la kenal-kenal kan. Agak-agak segan, akan ku angkut adik ku sekali..heheee.

So, happy weekend semua :)

Wednesday, May 12, 2010

Kembali Bujang :P

Semalam saya tidur di rumah sewa lama. Sebabnya husband buat keje kat Negeri Sembilan. Saya malas nak tidur sorang-sorang kat rumah.. so I'm single this week :P

Best dapat jumpa housemates. Macam-macam cerita keluar..teringat masa dulu2..ececeeee..hehe. Kalau Hajar my housemate yang dalam pantang sekarang ni ada, mesti lagi meriah.

Oh, my ex roomate tu nurse. Semalam lepas borak-borak tu..tetiba dia tegur.
'Kak Shima pregnant ek?'
Saya mula-mula nak coverline la jugak kan..tp kalu dah nurse tu. Macam2 evidence dia keluar kan. Akhir nye, mengaku jer la cik Shima eh Pn Shima oiii..hehehe.

Actually takde niat pon nak rahsia-rahsia ni. Tapi, bila fikir-fikir, saya jadi takut.

Semalam my bestfriend baru missed miscarriage. Masa tu usia kandungan dah 12 weeks. So saya jadi risau nak bagitau berita gembira ni kat ramai2 org. Maybe not now kan..tunggu anak ibu besar sikit...huhuuu.

Takziah untuk Kak Ngah. Takpe kak, mungkin bukan rezeki lagi kot..

Bila dah dengar cerita dari Kak Ngah, saya macam jadi trauma. Takut nak jalan laju-laju, makan pun dah tengok2 (sebelum ni sapu semua..hehe). Takpelah, yang penting saya sentiasa take precaution kan.

Thursday, May 6, 2010

INTAN

Lama saya senyap kan... Actually last 2 weeks saya ada kursus. 2 minggu jugak la terputus hubungan dari dunia luar..chewahhh :P Walaupon kursus tu lama, kojap yo den raso.. sebab nya

~tak payah masuk ofis yea tuan puan..hehe
~xpayah kuar awal mcm selalu, kuar rumah kol 7 pon sempat lagi.
~mkn kat INTAN best..bukan sbb free ek. tp kena la dgn selera den ni..
~dapat group yg best.. esp kak zu, lawaks gilerr..
~dan byk lagi lahhh.. :P



Oh teringat plak masa2 lepak kat dalam bilik kak Zu sambil2 tunggu turn nak solat. Banyak cerita yang keluar, sebab kak Zu tu suka bercerita :)

Ni la geng2 yang dok lepak dalam bilik kak Zu :)