Sekejap jer rasa, tiba-tiba dah hari Jumaat kan. Saya pun tak tahu apa yang saya buat minggu ni..huhu.
Oh Jumaat minggu lepas, saya jumpa Sri, kawan masa belajar kat UKM dulu. Banyak bercerita and tanya Sri pasal pregnancy. Baik berguru pada yang lebih berpengalaman kan..sebab baby Fahri, anak Sri dah setahun lebih umur nya. Macam-macam cerita, tak sedar cepat jer masa berjalan. Tengok-tengok dah nak dekat habis lunch hour..haihhh. Xper, kite sambung next time yer Sri..banyak lagi benda nak tanya ni ;)
Rabu lepas, adik saya datang rumah. Saja cuti semester. Lagi pon, cuti ni dia dah janji nak tolong my hubby buat keje. Nak kumpul duit kata nya.. Bagus jugak, dari dia kerja kat KFC ke, supermarket ke.. atleast kalau dia tolong ny hubby, ada la benda yang dia belajar jugak kan. Tapi ni dah 2 hari, kasi chance dia lepak kat rumah dulu. Kesian jugak tengok dia kat rumah, bosan jer.
Hari ni, Insyaallah my hubby pi jemput ibu mertua ku datang ke rumah:) Esok kitorang ada kenduri kat Shah Alam. Saya tak pernah jumpa lagi host kenduri ni, sepupu my hubby sebelah ayah. So esok boleh la kenal-kenal kan. Agak-agak segan, akan ku angkut adik ku sekali..heheee.
So, happy weekend semua :)
No comments:
Post a Comment