Isnin lepas sy buat perangai... datang keje pagi2 dari rembau. Lepas sahur jer, berdessup en kam pecut masuk hway... punye la dok pecut, ingat kitorang antara yg awal la kan. Rupa-rupanya dah ramai pon kereta kat hway tu. Awal nya la korang ni sume pi keje kan, keje kat mana ek??
ITIS cakap kat sg besi clear. Kat susur keluar UPM tetiba slow plak..rupa-rupanya ada accident,haihhhh. Kete tu masuk longkang besar kat hway tu. Traffic slow sbb org nak tgk kot..malaysian kan :P
Tak sempat jugak sy punch in 7.30.. nasib my ofismate dah tolong :P (tak bole buat selalu ni, nnti jadi habit :P )
Balik keje semangat ler nak mkn ketupat daun palas cecah rendang ayam. Makanya, kitorang pon pergi bazar ramadhan seranag dgn misi nak cari ketupat. Tapi hampehhhhh :(( Takde pon :(
At last beli nasi beriani jer, en kam makan ayam percik.
No comments:
Post a Comment