Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 23, 2012

Riga, Latvia



Petang ni kami sekeluarga akan menaiki cruise ke Riga, Latvia. Have a nice weekend everyone :)


Have a nice day :)

Thursday, March 22, 2012

Cuci mata jom

PASTEL Fashion in Motion with MANGO & Kate Moss


I like the skirt.. it's very nice. isn't?

Fashion in Motion with MANGO & Kate Moss


How about the trench coat?? Cantik sangat kan!!

Summer flow


Mengoda sungguh!!

Khayr at school

Minggu ni adalah minggu ke 3 Khayr ke sekolah. Pagi tadi saya sengaja pergi sekolah lambat sikit. Pukul 8 dapatlah hantar Khayr ke sekolah :) Selalu En Kam yang hantar. Minggu pertama Khayr di sekolah, both saya dan En Kam tunggu Khayr. Dua hari pertama, datang pukul 9.30 am, pukul 10.30 dah balik..hehehe. Hari ke tiga, balik pukul 11.30 am. Sempat la tengok macamana diorg layan Khayr.

Khayr nampak selesa je dengan sekolah tu. Ada seorang cikgu, 3 orang murid. Kat Stockholm ni, memang polisi satu cikgu jaga 3 orang murid. Mungkin sebab untuk group Khayr ni, semua budak2 yang bawah 2 tahun, makanya memang perlu perhatian sikit. kalau murid ramai sangat, takut tak terjaga pulak kan.

Minggu ke dua, Khayr belajar tido di sekolah. Hantar pukul 9.30, En Kam ambik pukul 2. Selalu nya diorang makan pukul 11am. Dalam pukul 11.30 semua dah habis makan. lepas makan.. time to sleep :)

Seronok tengok masing2 macam dah tau jadual. Bila lepas habis makan, cuci mulut semua, masing2 akan masuk bilik yang di khaskan untuk mereka tido. Cikgu akan keluarkan tilam dan bantal masing2. Siapa yang pakai 'puting' or yang kena ada anak patung if nak tido tu, masa nilah cikgu akan keluarkan..hihhihiii. Comel sangat. Khayr paling muda umur nya dan paling kecik size nya dalam group tu..huhuhu. Bila duduk atas kerusi makan tu, kocik jer ibu tengok.

Minggu ke tiga ni, Khayr kami hantar pukul 8 hingga 5 petang. Lately Khayr memang tidur awal, mungkin letih masa kat sekolah kot. Oh yea, sekolah Khayr ni ada budak2 yang ada masalah pendengaran. Kesian.. Tapi sistem kat sini diorang tak bezakan pun budak2 ni. Bagus kan. Saya tengok mereka yang ada masalah pendengaran ni boleh bercampur dengan baik dengan budak2 normal macam Khayr.

Masa mula2 ambil keputusan nak hantar Khayr ke sekolah, kami risau tentang makanan. Yelah bila duduk kat negara orang ni, makan diorang tak sama macam kita. Tapi alhamdulillah, lepas En Kam jumpa sendiri cook kat sekolah tu, rasa confident sikit. Cook explain memang dia asingkan makanan Halal dengan makanan untuk budak2 Swedish yang lain. Jadi tak risau la. Dan kebetulan kat sekolah Khayr ada cikgu Muslim seorang. Swedish yang dah masuk Islam. Hmm.. insyaAllah harap2 ok lah. Sebab kami dah request Khayr hanya makan ayam or daging halal...

Hari ke 3, cikgu suruh kami tinggal kan Khayr di sekolah. Cikgu bagi masa sejam if Khayr ok. Masa nak tinggal kan Khayr tu, biasalah.. mula2 bye2..bila dia perasan jer kitorang nak tinggal kan dia.. apa lagi m
elalak laaa.. hehehe. Saya mula2 risau jugak, kesian pun yea. En Kam la, takpe, biar Khayr belajar katanya.. huuuu. Tak pergi mana pun, duduk area hospital jer.. sebab dekat dengan Khayr. Owh yea, sekolah Khayr bersebelahan jer dengan Hospital Karolinska Huddinge. Yang tangan saya ni kejap2 tengok telefon. 5 minit.. 10 minit.. 20 minit... Eh dah 20 minit ni, cikgu tak telefon pun. Cikgu cakap, kalau Khayr menangis tak berhenti, cikgu akan kol kitaorang.. tu yang kejap2 tengok telefon. hehehehe. Berdebar giler.. rasa macam nak ambik result periksa jer.. huuuuu. Tapi alhamdulillah selepas sejam, kami balik ke sekolah Khayr, dia tengah seronok makan dengan cikgu..fuhhhh lega hati ibu :P Cikgu kata dia nangis kejap jer.. 10minit..huuu kejap? lama tu... tapi ibu tahu, khayr good boy kan.

Semoga Khayr serasi dengan sekolah ni. Bo
leh make friend dengan kawan2 yang lain :) Hais tak sangka anak ibu dah besar :))))

Sesi ice breaking dengan cikgu.. hihihi

Favourite

Jom ibu, kita shopping!

Enjoy playing


Jicolia, Khayr new friend so shy..hihi


Cikgu tolong pakai kan bip


Ok, ready to eat now :)

Have a nice day :)

Tuesday, March 20, 2012

Lost and Found

Semalam ada misi penting ke IKEA Barkaby. Di Stockholm ada 2 Ikea, satu di Kungens Kurva dan satu lagi di Barkaby. Sebenar nya Ikea yang paling dekat dengan rumah ada lah Ikea Kungens Kurva. Tapi sebab ada misi penting, semalam bergegas la kita ke Ikea Barkaby. Sorang2 lagi uols :P

Sebenar nya Sabtu lepas, saya sekeluarga pergi beriadah di Barkaby. Melawat makcik saudara di Stockholm Quality Outlet dan di Ikea Barkaby :P

Lepas habis mencuci mata (yea cuci mata jer.. sobs sobs) di Stockholm Quality Outlet, kami pi makan di Ikea. En Kam makan lax (salmon), Ekin makan pancake, saya makan kanelbullar jer.. yea( sebenar nya ada misi lain :P)

Lepas perut kenyang, jenjalan cuci mata jugak dalam Ikea tu. Bila dah sampai bawah, almost nak keluar dah pun, baru perasan handbag saya takde.. huuuu. Fikir punya fikir, teringat mungkin tertinggal masa solat asar tadi. Punya la gabra masa tu. Sebab tak Asar lagi tadi, saya solat sembunyi2 dalam one of the showroom kat Ikea tu. Mungkin sebab kelam kabut lepas habis solat terus jer jalan, tak perasan handbag tinggal. Bila pergi balik kat tempat solat tu, of course handbag dah takde.. waaaaaaaaaaaa.

Pergi tanya kat lost and found counter, pun takde handbag saya.... huuuu.

So tinggal kan no phone En Kam dengan harapan ada orang yang jumpa...dan pulangkan pada staff Ikea.

Maka balik rumah dengan keciwa, cancel terus nak beli barang kat ikea... Sampai rumah, misi menelefon bank untuk block all my credit card and bank card.

But, Alhamdulillah.. esoknya En Kam dapat missed call from my phone number. Masa tu hati dah girang gembira sebab macam ada harapan ada orang jumpa handbag tu. Tengahari tu, staff Ikea called and inform someone found my handbag.

So itulah misi penting semalam, pergi redeem semula my handbag :) Alhamdulillah semua barang ada.. Syukur. Now, saya just kena apply new bank card and credit card. Takpelah, pengajaran pada diri sendir, jangan kelam kabut sangat.. heeee.

p/s Baru berangan if handbag tak jumpa, kenalah beli Samsung Galaxy Note untuk ganti my phone.. hehe

Have a nice day :)

Sunday, March 18, 2012

Winter 2012

Bila dah agak panas ni, teringat pulak masa snow bulan lepas. Sejuk, tapi seronok. Masa snow mula2 turun tu, excited sangat... Pertama kali experience snow la kata kan. Masa tu, kami keluar ke Medborgplatsen. Misi pegi cari beg kamera En Kam.. Singgah solat di masjid besar Stockholm.

Keluar jer, snow turun lebat sangat. Seronok betul masa tu. Berjalan dalam snow la katakan...

Bila dah balik rumah, tak keluar main snow pun. Memerap jer dalam rumah.. sejuk. Malas nak bersiap pakai jaket dan boot bagai pun ye.

Merasa la kejap main snow masa Ekin, anak buah En Kam datang. Main dekat2 dengan rumah jer.
: Khayr tak mau jalan.. hairan tengok snow agak nya :

: Bos kecik naik pulka :

: With Kak Ngah:

: Muka dah merah.. sejukk :

Tapi bila dah lama sangat sejuk, bosan pulak asyik kena pakai jaket
tebal jer.. Alhamdulillah, sekarang dah nak masuk Spring. Suhu pun dah makin warm.. :) Tak sabar nak bawa anak ibu jenjalan petang2 kat taman.. tunggu panas sikit yea sayang.

: Kesayangan ibu :

Have a nice day :
)

Saturday, March 17, 2012

NICU Day 2

Hari ke dua. Alhamdulillah, keluarga dari kampung pun dah sampai. Adik saya yang ke 4 menemani saya di ward.

Khayr masih lagi bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Saya masih struggle untuk perah susu. Saya akan turun melawat Khayr setiap pagi, tengahari, petang dah malam sebelum isyak. Setiap kali turun, kak cik la yang tak jemu tunggu saya di luar, sebab kak cik tak boleh masuk. Hanya ibu dan abah je boleh masuk duduk sebelah Khayr. Cik Ein tengok dari tingkap jer.

Setiap kali duduk bersama Khayr, saya akan baca selawat syifa dan berdoa banyak2 pada Allah semoga Khayr cepat sembuh. Boleh pulang ke rumah.

Kesian pada En Kam, setiap hari berulang alik dari rumah Kak Ita di Cheras Selatan ke Hospital Serdang. Keluarga dari Rembau pun dah sampai. Setiap hari mak masak kan saya makanan. Sedap2.. Sup ikan merah saya paling ingat.. heee.


Budak suka mandi.. heee

Friday, March 16, 2012

The Other Hand

My new book.

Can't wait to start reading this book :)

Have a nice day :)

NICU Day 1

Bila dah selesai semua urusan, saya ditempatkan di wad 7B. Bilik 2 katil. Nurse ada tanya, nak bilik single tak, jual mahal cakap takmo sebab dok terbayang tido sorang.. heee. Terlupa pulak yang saudara perempuan boleh teman.. hihihii.

Tengah ari, En Kam bawa saya turun ke NICU untuk menatap Khayr Sufyan untuk pertama kali. Sayu sangat hati. Anak ibu incubated, bernafas dengan bantuan oksigen. Masa tu hanya Allah je yang tahu macamana perasaan dan hati saya. Saya tahu, En Kam pun mesti sangat sedih tengok anak yang kami tunggu2 selama ni terpaksa dimasukkan ke dalam NICU.

Masa tu saya lihat, Khayr putih. Besar, bulat dan bersih. Handsome yang penting..hihihi. Mungkin nurse di NICU dah bersihkan Khayr. Saya banyak baca selawat syifa, bagi anak ibu dengar. Ibu mohon pada Allah, semoga anak ibu lekas sembuh.

Naik atas ke wad, nurse ajar macamana cara nak perah susu. Nurse di NICU dah pesan, baby macam Khayr memang perlukan susu ibu. Saya cuba perah susu, tapi tak byk pun yang keluar pada mula nya. Menangis saya tiap kali perah susu, sebab terkenang kan anak di NICU mungkin lapar, tapi susu saya tak banyak. Tiap kali terdengar suara anak orang menangis, saya pun menangis. Terbayangkan anak di bawah dengan bantuan pernafasan.

Khayr 1st Dental Appointment

Khamis lepas Khayr ada appointment dengan dentist.
Gigi baru 8 batang, ada hati nak jumpa dentist kan.. heee.

Sistem di Sweden, semua budak yang dah berumur 1 tahun, akan dipanggil untuk pemeriksaan gigi. Jadi Khamis lepas adalah appointment pertama Khayr dengan dentist.

Mula2 dentist tanya soalan kepada saya dan En Kam. Semua soalan berkisar tentang macamana cara pemakanan Khayr dan bagaimana cara kami menjaga gigi Khayr.. hee. Dentist nasihatkan supaya tidak memberi Khayr cookies or sweet biscuit untuk mengelakkan masalah gigi.



Sementara ibu dengan abah kena interview dengan doc, time for me to play


Khayr menangis sebab marah kena pegang...hee




Dentist check gigi Khayr, dan ada plak rupa nya. Kantoi tak rajin gosok gigi,.. hee. So dentist bagi berus gigi dan ubat gigi. Lepas ni Khayr Sufyan kena rajin kena gogok gigi pagi dan malam sebelum tido :)





Thursday, March 15, 2012

Pukul 3.30 pagi

Masa nurse bagitau saya kena duduk kat assessment centre tu, saya dah pasrah. Mesti dah tak lama ni..En Kam kat luar, tak boleh teman saya kat dalam.

Masa tu, masih ada tenaga nak balas2 sms dengan along and En Kam. Along pesan suruh banyak2 selawat. Kemudian, rasa sakit tu makin lama makin teruk. Memang every 2 minit jer rasa sakit sangat. Then bagitau nurse, saya memang dah tak tahan sangat. Nurse cakap anak pertama, mesti lama lagi. Ok fine.

Pukul 1pagi, doc datang pecahkan air ketuban. Tak lama lepas tu, saya rasa macam nak teran jer. Memang rasa nak keluar sangat2 dah. Bgtau nurse.. Nurse check, dah 10cm rupanya. Masa tu pukul 3pagi. Terus diorang tolak saya masuk labour room. Diorang panggil En Kam, kebetulan en kam baru sampai. Dia pergi minum kat Serdang, nasib baik sempat.

Di labour room, ada 4 org nurse yang teman saya dan ajar macamana nak teran. Hampir 20 minit juga teran, barulah Khayr Sufyan keluar.. :)

Tapi Khayr Sufyan dah lemas rupanya, nurse cuba macam2 cara tapi anak ibu masih tak menangis. So diorg terus panggil Pakar Paeds, Khayr Sufyan terus di bawa ke NICU.

En Kam terus ikut ke NICU, tapi tak boleh masuk. Boleh lihat dari luar jer. Saya masih di labour room. Masa tu hati membuak2 nak bangun, nak ke NICU. Dah tak rasa pun sakit masa nurse buat jahitan episiotomi. Fikiran melayang, memang teringat kat anak ibu jer. Bila En Kam datang, dia cuba pujuk saya, cakap anak takde pape, doc dah uruskan.. Sedih sangat tak dapat pegang, malah tak sempat tengok pun macamana wajah anak ibu :(