Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 22, 2012

Khayr at school

Minggu ni adalah minggu ke 3 Khayr ke sekolah. Pagi tadi saya sengaja pergi sekolah lambat sikit. Pukul 8 dapatlah hantar Khayr ke sekolah :) Selalu En Kam yang hantar. Minggu pertama Khayr di sekolah, both saya dan En Kam tunggu Khayr. Dua hari pertama, datang pukul 9.30 am, pukul 10.30 dah balik..hehehe. Hari ke tiga, balik pukul 11.30 am. Sempat la tengok macamana diorg layan Khayr.

Khayr nampak selesa je dengan sekolah tu. Ada seorang cikgu, 3 orang murid. Kat Stockholm ni, memang polisi satu cikgu jaga 3 orang murid. Mungkin sebab untuk group Khayr ni, semua budak2 yang bawah 2 tahun, makanya memang perlu perhatian sikit. kalau murid ramai sangat, takut tak terjaga pulak kan.

Minggu ke dua, Khayr belajar tido di sekolah. Hantar pukul 9.30, En Kam ambik pukul 2. Selalu nya diorang makan pukul 11am. Dalam pukul 11.30 semua dah habis makan. lepas makan.. time to sleep :)

Seronok tengok masing2 macam dah tau jadual. Bila lepas habis makan, cuci mulut semua, masing2 akan masuk bilik yang di khaskan untuk mereka tido. Cikgu akan keluarkan tilam dan bantal masing2. Siapa yang pakai 'puting' or yang kena ada anak patung if nak tido tu, masa nilah cikgu akan keluarkan..hihhihiii. Comel sangat. Khayr paling muda umur nya dan paling kecik size nya dalam group tu..huhuhu. Bila duduk atas kerusi makan tu, kocik jer ibu tengok.

Minggu ke tiga ni, Khayr kami hantar pukul 8 hingga 5 petang. Lately Khayr memang tidur awal, mungkin letih masa kat sekolah kot. Oh yea, sekolah Khayr ni ada budak2 yang ada masalah pendengaran. Kesian.. Tapi sistem kat sini diorang tak bezakan pun budak2 ni. Bagus kan. Saya tengok mereka yang ada masalah pendengaran ni boleh bercampur dengan baik dengan budak2 normal macam Khayr.

Masa mula2 ambil keputusan nak hantar Khayr ke sekolah, kami risau tentang makanan. Yelah bila duduk kat negara orang ni, makan diorang tak sama macam kita. Tapi alhamdulillah, lepas En Kam jumpa sendiri cook kat sekolah tu, rasa confident sikit. Cook explain memang dia asingkan makanan Halal dengan makanan untuk budak2 Swedish yang lain. Jadi tak risau la. Dan kebetulan kat sekolah Khayr ada cikgu Muslim seorang. Swedish yang dah masuk Islam. Hmm.. insyaAllah harap2 ok lah. Sebab kami dah request Khayr hanya makan ayam or daging halal...

Hari ke 3, cikgu suruh kami tinggal kan Khayr di sekolah. Cikgu bagi masa sejam if Khayr ok. Masa nak tinggal kan Khayr tu, biasalah.. mula2 bye2..bila dia perasan jer kitorang nak tinggal kan dia.. apa lagi m
elalak laaa.. hehehe. Saya mula2 risau jugak, kesian pun yea. En Kam la, takpe, biar Khayr belajar katanya.. huuuu. Tak pergi mana pun, duduk area hospital jer.. sebab dekat dengan Khayr. Owh yea, sekolah Khayr bersebelahan jer dengan Hospital Karolinska Huddinge. Yang tangan saya ni kejap2 tengok telefon. 5 minit.. 10 minit.. 20 minit... Eh dah 20 minit ni, cikgu tak telefon pun. Cikgu cakap, kalau Khayr menangis tak berhenti, cikgu akan kol kitaorang.. tu yang kejap2 tengok telefon. hehehehe. Berdebar giler.. rasa macam nak ambik result periksa jer.. huuuuu. Tapi alhamdulillah selepas sejam, kami balik ke sekolah Khayr, dia tengah seronok makan dengan cikgu..fuhhhh lega hati ibu :P Cikgu kata dia nangis kejap jer.. 10minit..huuu kejap? lama tu... tapi ibu tahu, khayr good boy kan.

Semoga Khayr serasi dengan sekolah ni. Bo
leh make friend dengan kawan2 yang lain :) Hais tak sangka anak ibu dah besar :))))

Sesi ice breaking dengan cikgu.. hihihi

Favourite

Jom ibu, kita shopping!

Enjoy playing


Jicolia, Khayr new friend so shy..hihi


Cikgu tolong pakai kan bip


Ok, ready to eat now :)

Have a nice day :)

No comments:

Post a Comment