Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 26, 2012

Sushi lagi

Cerita ni dah lama... 2 minggu lepas.
Kak Ani dan abg Man akan balik bercuti ke Thailand..
Actually dah balik bercuti pun Sabtu lepas.
Mereka bercuti ke Koh Sa Moi dan Phuket.
Yelah kat Stockholm mana nak cari pantai la pulak kan,
Tasik ada la.
Nak mandi jangan harap la kan...hehe

Jadi sebelum Kak Ani dan Abg Man bercuti selama sebulan,
mereka ajak kamai sekeluarga datang untuk rasa resepi baru kata nya,
Orang dah ajak kan.
Kena la datang kan (walhal memang nak datang pun..hehehe)

Saya jumpa En Kam di Aspudden sebab saya dari datang terus dari sekolah.
En Kam ambil Khayr dari sekolah, terus datang ke Aspudden.
Cuaca dah panas, seronok la Khayr main-main di taman belakang kedai Kak Ani.


Bila cuaca makin sejuk di luar, Kak Ani panggil kami masuk makan.
Elok sangat la, dah penat main kan.
Sepinggan sushi abg Man hidang kan.
Khayr terus capai.
Lapar.
En Kam kata, cikgu bagitau Khayr tak makan sangat di sekolah hari tu.
Macam biasa la.
Khayr kan makan ikut mood.
Kadang-kadang dia makan banyak
Kadang-kadang tak makan langsung...
Anak oo anak.

Mungkin sebab lapar or dah lama tak makan sushi,
bukan main besar lagi mulut dia suap sushi tu..
Nak suap sendiri.
Dah takmau saya suap kan
Sushi sampai jer, terus dia capai dulu.
Ngap masuk mulut..hehehehe
Kalau tiap2 hari pun macam ni kan bagus.
Baru lah besar sikit..huhu

Bila dia tengok saya dan En Kam guna chopstick, dia pun mula la nak jugak
Bukan main la nak guna chopstick jugak
Tapi pegang 1 chopstick jer.
Bila dah tak boleh nak ambik sushi,
Baru la rasa senang guna tangan kot.
Terus tukar guna tangan semula...hehehehe

Oh ini la resepi baru tu.
Satay ayam makan dengan nasi sushi.
Sedap !
Ayam nya berlemak jer.. lembut.
Kuah satay memang tak yah cakap la
Manis berlemak.. pedas2 sikit.
Saya suka
En Kam suka
Khayr pun suka...hehehe
Alhamdulillah rezeki
Kak Ani akan balik semula 23hb Julai ni ke Stockholm
Erm dah bulan puasa.
Nampak nya, lepas raya la pulak kita makan sushi kan...


No comments:

Post a Comment