Kereta sendiri takde
Tapi boleh sewa kereta di station minyak
Antara station minyak yang ada kemudahan kereta sewa ni adalah oKQ8 and Statoil
Tapi sebab oKQ8 dekat dengan rumah, memang selalunya sewa dari situ
Atau sewa di Hertz
Kalau di Hertz murah sikit kalau weekend rate
Meaning ambik kereta hari jumaat, boleh pulangkan hari sabtu
Kalau nak sewa kereta di Stockholm,
Antara dokumen yang diorang nak adalah
- lesen memandu (of coz)
- ID card
ID card di Stockholm ada pilihan
boleh buat, atau boleh juga kalau taknak buat
Sebab sistem di sini semua online guna personal number (macam no kad pengenalan la)
Lesen memandu pula, sebab kami takde lesen memandu si sini
maka kami buat lesen memandu antarabangsa dari Malaysia
Lesen memandu antarabangsa ni valid setahun
lepas tu kena renew
Bayaran nya rm150 untuk setahun
Antara dokumen yang diperlukan untuk buat lesen memandu ni:
- Lesen memandu Malaysia yang sah ( tak tamat tempoh), Lesen kena phototstat both side
- kad pengenalan (photostat juga both side)
- 2 keping gambar pasport
- Isi borang JPJL1
- Dan duit bayaran RM150
Abah yang settle semua dan pos kan lesen yang dah siap tu pada kami kat Stockholm
Abah kata hantar je kat Sekolah Memandu, diorang uruskan semua (Kes malas nak pergi JPJ)
Sekolah memandu charge dalam rm10 jer.. ok la kan
Okay, cerita pasal lesen sebab tengah sediakan dokument renew lesen ni hihi
Nak email abah kat kampung
Dah ada lesen ni, baru boleh plan nak pergi jalan2 kan... hihi
Thanks for the info ya! very helpful. Actually i'm at Japan right now with my husband & 2 kids. We both further studies here. But our International license will be expired this august. and it will take time to apply Japan licence due to communication problem. huwaaa! but lucky i found your blog. And this make me smile..cheer!
ReplyDeleteHi Masitah. Nice to meet you here. Glad that little info helps you :)
Delete