Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 19, 2014

Number Two

Allahuakbar. Pertama skali syukur Alhamdulillah pada Allah.
Atas rezeki yang Dia berikan. Dah lama tunggu yang ke dua ni... alhamdulillah Allah makbulkan doa.
Insyaallah tahun depan.. khayr akan jadi abang :))
Ye saya pregnant yang ke dua sekarang
baru lagi... baru 9minggu. Tapi dia punya excited tu Allah je yang tahu hihi


Buat UPT sendiri di rumah
bila period dh lewat seminggu tu dah rasa excited.. berdebar2 je tiap kali pi toilet
takut period hahahaha. Psiko sgt nih!
cakap kat en Kam ..eee ibu dah lewat seminggu ni
tapi tak mo la excited lebih2..tunggu lagi
masuk minggu ke dua tu... xtahan dah.. gi cari clear blue pregnancy test kat apoteket hahaha
ccek tgh2 ari buta ok... patutnya kan cek pagi2
xkisah la... tp test positif. Alhamdulillah
tak bgtau en kam lg... tp bgtau along and eein heheheh
so diorg yg tau dulu
eein siap tnya gmbr tu maksudnya apa?? Alahai ahahha
nak kena explain la pulak khennn hehehhe

esok nya baru bgtau en kam
suruh dia tgk something dlm beg
dia dh suspen tnya apa?? Ingat ada present la tu utk dia haha
tp mmg present pon kan hehhee
en kam happy... saya pon happy heheh

so terus makan vitamin folic acis etc utk pregnancy
lepas 2minggu baru kol antrnatal clinic for prenatal visits

so 15hb julai was the first visits
midwife lisbeth yg handle
first dia tnya family history etc
and kena ambik urine test and blood test

Urine was clear from protein or bacteria
BP was normal 100/64
HB was 13.1
Random blood glucose was 5.4

Lisbeth offers if we would like to do genetic test
to check the risk for down syndrome
me and en kam were thinking we dont need that
although it was a good test tho
But it's ok... insyaallah doa2 semua normal dan dipermudahkan

Khayr was excited when he know that he gonna be big brother
he said he wanted to share train thomas with baby
If baby crying khayr bagi baby train thomas or racer bill
hehe
kadang2 dtg dengar kat perot ibu and said owh baby is playing la ibu
or oeh baby is sleeping la ibu hehehe
he excited to see my tummy getting bigger and bigger
walaupon awal sgt lagi perot tu nak besar.
Besar tu sebab lemak sayang
anyway hahahaa

doakan semua nya dipermudahkan Allah
I'm excited and worried at the same time

see you in feb next year, my number two ♥

#MH17 in our prayers



17 Julai 2014
Breaking news
Malaysia Airlines flight MH17 from Amsterdam to Kuala Lumpur
reported was shot down in Ukraine border to Russia
The most shocking news to all Malaysians
Sincerely I'm lost for words
My prayers and sympathies to all the family members

Alfatihah

Tuesday, July 15, 2014

Teres teratai

Alhamdulillah dah masuk minggu ke 3 kita berpuasa
Pejam celik pejam celik eh dah nak raya
Baju raya kita sampai esok... weehuuu haha
Tumpang kawan yg balik mesia
Kalau harapkan pos.. memang lepas raya ler sampai nya

Minggu lepas ada update status FB pasal kenangan puasa kat maktab dulu
5 tahun susah senang berpuasa di mrsm terendak
Amboi susah senang sangatkan
Macam la kena masak sendiri ye dak haha
Lima tahun ok.. dari zaman pakai tudung pon bulat jer.. sampai ler dah pandai pakai tudung tirus2.. muncung2.. supaya effect tudung bagi muka tu nampak runcing dan bujur. Hahaha
Dlu terending sangat pakai tudung kaler hitam
Pakai ler baju kaler apa pun tak kisah.. yang penting tudung hitam. Habis cun sangat dah tu hagahaha
Sebenarnya boleh je pakai tudung kaler2.. entah le nape hitam jugak yg dipilihnya hehe

Eh nak cite pasal puasa lah
Hehe kalau time puasa.. kitorang makan berhidang
Rasa best sangat dah tu.. makan dalam pinggan ok!selalu kan makan dalam tray biru tu... owh masa form1-3je kot tray biru plastik tu. Lepas tu maktab tukar tray besi.
Lagilah rasa mcm banduan adoi hahaha.
Puncanya sebab banyak tray plastik rosak sbb lepas makan nak buang sisa makanan tu.. student ketuk2 tray kat tong sampah besar tu. Dah habis pecah2
Tukar besi puas hati. Ko ketuk la mcmana pon tak pecah. Syabas.. bijak sangat managementt maktab. Hahaha
Dewan makan kat terendak kitorang panggil teres teratai
Dengar khabarnya dah tukar nama ke dewan makan. Which is so not trending la the name.
Dah ler teres tu open air.. not like dewan. Pastu nama teres teratai tu dah bertahun2 kot... tetiba nak tukar tak best la kan. Management  maktab is so not clever laaaa.

Ok xpela.  Masa bulan puasa.. kitorang makan ikut homeroom. Cth homeroom andromeda form3 semua akan makan satu meja. Best ok. Meriah. Pastu ada pertandingan meja tercantik. Nnti dapat hamper. Semangat ok hias meja teres tu heheh.
Homeroom kitorang guna kain batik untuk alas meja tu. Siap bawa la bunga kat bilik tu biat hiasan hahah
Tak ingat pernah menang atau tak. Tak ingat tu mcm tak menang la kan hahahah
Lagi satu makan campur laki dan perempuan. Kalau hari2 biasa makan asing2. So macam malu2 je nak tambah kan ... sbb makan dengan boys. Haha gedik sangat nih bila ingat balik hehehehe

Tu kenangan berbuka puasa
Kenangan sahur tak cerita lagi
Sebab kitorang duduk dalam kem tentera.. bila masuk masa berbuka atau masa habis sahur tu(imsak) akan bunyi siren kuat giler... akan dengar satu kem tu . Tanda masa is time hihi
Masa form1-3 rajin je bangun sahur
Kemain lagi gigih pakai baju kurung pagi2 naik teres nak makan hehhee
Masa form4-5 dah datang penyakit malas. Selalu sangat tak bangun sahur.kalau nak bangun sahur memang akan janji2 ramai2
Masa form 4-5 duduk blok G. Sebelah blok F blok budak lelaki
Selalulah budak laki lepak kat tangga main gitar.. kejut sahur. Kalau siapa yang glamer tu budak laki siap panggil nama..
Contoh.. shima oiiii bangun sahurrr... or sahur sahurrrr... haha
Lawak bila ingat balik
Tapi time dulu2 selalu hangin je kalau budak laki jerit2 gitu hehehehe

Kalau tak boleh puasa *period* boleh datang teres time lunch tu.. ambik tapau makanan hahahaha
Kalau tak tahu malu ler... sebabnya kan ada pakcik2 tukang masak teres tu.. ada je kat teres
Tp kalau dah lapar tu.. memang buat muka tak malu je. Bawak tupperware kosong naik teres ikut pintu belakang.. tapau lauk sahur pagi tadi turun makan kat bilik hahaa
Selalu buat kalaua da geng yang tak boleh puasa sekali heeee.

Terawih paling best kalau ustaz wahab jadi imam. Sebab? Mesti la sebab ustaz baca laju haha
Keji sangat nih. Haha. Tapi ustaz baca memang best. Laju..tapi bacaan tu mcm sedap je dengar. Tak mengantuk
Kalau cikgu Jem jadi imam.. alahai lemah je lutut. Dah le baca perlahan.. suara cikgu jem pun perlahan.. ngantuk je makmum ni. Saya la yang ngntuk tu.. orang lain tak hehehe
Lepas habis  terawih ramai2 naik teres ambil noreh. Dengan pakai telekung tu. Buat dek je dengan boys. Hehehe
Sebab malas nak tukar baju
Nak naik teres rules nya antaranya kena pakai baju kurung huuuu
Moreh paling best time tu beger
Walaupon roti keras.. rasa paling best dah time tu heheheh

Banyak nya kenangan kat maktab
Tu baru kenangan masa bulan puasa
Rindunya berbuka ramai2 macam tu
Bila la agaknya dapat kumpul ramai2 satu homeroom gitu lagi hmmm

Selamat berpuasa semua ♥

Monday, July 7, 2014

Resepi tepung pelita

Sabtu lepas ada majlis berbuka puasa di kedutaan.
Makanan potluck
Saya dan Khayr tak pergi pon.
EnKam je pergi.. ikutkan hati memang nak pergi.
Tapi masalah la bila berbuka pun pukul 10malam.. kang nak teraweh lagi...
Isyak pukul 11.30malam. Dah pukul berapa pulak nak balik kan
Ada gak kena tinggal train kang

So en Kam je la pergi sorang
Tu  pun almost 2.30pqgi baru dia sampai rumah
Minta tolong kawan hantarkan balik
Fikir punya pikir tak tahu nak masak apa
Nak masak ayam mcm ala boring nya ayam kan
Xpela kita masak dessert sudah
So buat ler tepung pelita
Kuih ni memang fav lah... kalau time puasa je memang wajib buat
Nak buat pon sonang.. makannya sodap haha
Elok le buat yg senang2 je...

Resepi mcm biasa ambil dari blog kak azlita Masam Manis.
Memang tiap tahun guna resepi ni je. Terjamin sedap kena dengan selera tekak dengan tekak den

---------------------------------------
Resepi kat bawah copy paste dari blog kak azlita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

Lapisan bawah

1 cawan tepung beras 
1 cawan gula 
5 cawan air

sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.

Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat

Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.

biarkan keras sebentar.

Lapisan atas

4 sudu besar tepung beras - ratakan

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.

kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.

Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

--------------------------------------

27/52

Summer is finally here... he is the happiest boy ;P

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah
Sampai juga ke Ramadhan tahun ni
Alhamdulillah syukur Allah masih beri peluang untuk beribadah
Nak tutup lubang2 pada tahun tahun lepas..

Sweden mula berpuasa pada Sabtu, 28/June
Tahun ni sweden berpuasa almost 20jam
Sejam extra dari tahun lepas

Tahun ni ada kekeliruan sikit
Kalau ikut tahun2 lepas.. kami ikut Embassy akan mesej bila akan mula berpuasa
Embassy akan ikut Masjid besar
Masjid besar stockholm pulak ikut Mekah selalunyaaaa
Tapi tahun ni ada kekeliruan sikit

Puncanya Mekah mula berpuasa pada hari Ahad, 29/june
Tapi mesjid besar Stockholm umum sweden berpuasa pada Sabtu, 28/June
Saya dan en Kam memang ingat puasa Ahad ikut mekah
So saya tidur la awal..
En Kam kejut cakap bangun isyak.. sahur esok puasa
terkejut terus bangun solat isyak
Tak tengok jam.. terus ler masuk dapur masak nasi n buat tomyam
En kam solat terawih

Tetiba dia dtg cakap eh apa masak2 lagi ni
Lagi 5 minit nak masuk subuh
Laaaaa .....
So hari pertama tu air masak je la sahur hihihi

Alhamdulillah en kam boleh puasa sampai habis
Despite minum air masak je kan hihi
Berbuka makan tomyam yang masak pagi2 utk sahur tu hahaha

Hari ni hari ke dua
Xde menu istimewa pon
Just buat masak lemak ikan
Puding pelangi

Apa2 selamat berpuasa untuk semua !!

26/52

His current obseasion. Makan.. tidur.. main semua dalam khemah hihi

Tuesday, June 24, 2014

25/52

Great weekend spent in Stockholm's country side. We gonna miss these moments.
I love you sayang