Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 15, 2010

Sawang..

Lama giler tak bukak blog ni.. dah sebulan lebih la. Giler sungguh la .. :P

Sebenar nya takda lah busy sangat. Tapi macam malas kan..huhuhuu.

Apa nak cerita yea. Oh last month saya ada kursus B*N di Kem Ul* S*pri, kat Rembau. Kursus tu 5 hari, Khamis sampai Isnin. Siapa yang pernah pergi kursus B*N mesti tau la, kem ni selalunya mesti lah dalam hutan kan.

Sebenar nya saya dah pernah pergi kursus ni, di tempat yang sama. Cuma model nya berbeza utk kali ini. Sebab ini adalah kursus B*N untuk calon Master, Ph.D dan Sub Kepakaran ke Luar Negara. Sesiapa yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, wajib untuk mengikuti kursus modul ini.

Saya n Fara, my collegues berdua pergi naik kenderaan pejabat. Sbb nya jauhkan Fara nak drive. Saya dah tentu2 tidak :P Since saya pregnant, so saya rasa kursus kali ni mcm leasure sikit. Sbbnya adalah saya tak ikut aktiviti fizikal yang dijalankan dan gap between the the activities tu mcm panjang skit. Dulu masa modul Sistem S*raan, memang kitorang berkejar-kejar lah punya takut masuk LDK lambat... Kursus kali ni, saya sempat tidur sementara nak masuk LDK, punya lah best.

Kursus kali ni, ramai lecturer yang nak lanjutkan Ph.D. So bila dah berkumpul ramai2, mcm2 cerita la keluar. The best dapat kongsi2 ilmu dengan org yang dah ada pengalaman belajar di luar negara. Saya yang takde pengalaman ni, mmg best la bertnya pada mereka2 tu.

Kenangan paling best adalah masa malam persembahan. Kami dikehendaki mempersembahkan lagi yang menjadi nama kumpulan kami. Nama kumpulan saya adalah Jalur Gemilang. So mari kita nyanyi lagu jalur gemilang ramai2..hehehe. Gimik yang kumpulan kami lakukan adalah persembahan rap dipermulaan persembahan oleh peserta lelaki. Dan yang paling lawanknya, group kitorang nyanyi tak keluar suara pon, tetapi miming jer lebih...hahahaha. Mula2 tu mmg confident dah hafal lirik Jalur Gemilang, tapi bila dah ada atas pentas, serius blank..lupa sbb org dok gelak2 kiotang..hampess sungguh. Tapi group kami berjaya mendapat no 4 dari 9 kumpulan kumpulan. Ok la tu, not bad apa :P

Kesimpulannya, pada pendapat saya mmg wajar kerajaan wajibkan kursus B*N ni pada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Supaya, kita dapat tingkatkan jati diri pada negara dan sedar asal usul kita....huhuhuuu.

Sekian :P

No comments:

Post a Comment