Hari Selasa lepas Khayr kan ada appointment dengan specialist..
Doc dah check and confirm Khayr physically sihat.
Development pun bagus.
En Kam cerita, Doc bagi Khayr kertas dan pensel suruh dia tulis
Memang hobi la menconteng kan..hehe
Di rumah pun memang saya dah ajar Khayr pegang warna pensel dah conteng kat kertas.
Doc surh dia ambil kan kasut.. Khayr pergi ambil.
Hehehe... again dah memang kasut tu favourite dia.
Tak suruh pun memang dia suka kasut kan...
Kelakar pulak bila dengar En Kam cerita.
So Doc decide nak investigate kenapa berat Khayr tak naik sangat..
So kena buat ujian darah untuk Vitamin D, Growth Hormone.. etc
Saya memang paling takut dengar nak ambik darah ni..
Dulu masa Khayr umur 6 bulan, Doc pernah buat ujian darah jugak
Masa tu nak check if Khayr ada allergy sebab dia ada masalah buang air.
Result: takde allergy pun
Masa ambik darah tahun lepas, saya yang menangis menjejeh air mata sebab kesian kat Khayr..huu
Nurse masa tu pujuk saya bukan Khayr..hehehee.
Tapi untuk ujian darah kali ni, Khayr kena PUASA!
Khayr tak boleh minum susu or makan dari jam 12 tengah malam.
Malam tu Khayr ada la merengek sikit2..
Dalam tido, dia minta-minta susu
Nak nak nak sambil tangan gapai2.. kesian sangat :(
Terus En Kam angkat Khayr tidur dengan kami (sekarang Khayr dah tido katil asing since last month)
Bila dia merengek nak susu, saya pujuk tepuk2..dia tertidur balik..huuuu.
Pagi Rabu tu, pukul 6 pagi saya tampal 'sticker' at Khayr's arm.
Tujuan sticker ni like ubat bius la
Khayr tak kan rasa sakit bila nurse cucuk jarum tu nanti
Pukul 7.15 kitorang siap2 ke hospital
Nasib rumah memang depan hospital, so jalan kaki jer ke hospital
Tak payah nak keluar awal2.
Khayr dapat no giliran ke 2.. Alhamdulillah
Risau juga if lambat, kesian anak ibu lapar
|
Main dulu while waiting for his turn |
|
Eh eh bukan main lagi dia lentok kan..hehehe |
|
Dah boring, terus rasa lapar.. (sign: jari masuk mulut!) |
|
Poor my little boy..hungry |
Ada nurse datang approach kitorang kat luar tu
Tanya siapa yang nak ambik darah
Bila tunjuk Khayr, dia tanya tampal sticker tak?
Rupa2 nya sticker tu boleh buka after 1 hour, dan lepas 15 minit baru boleh ambik darah
Saya pangku Khayr, En Kam bertugas untuk tarik perhatian Khayr...hehehe
Khayr dah mula nak menangis bila tengok nurse pegang2 tangan dia..haishh
Bila kena cucuk tu, memang melalak la
Menjerit2 meleh2 air mata tu sampai tersedu2
Nurse pulak cucuk lengan kiri, tak jumpa pulak vein!
Geram betul
Balut, nak cucuk lengan kanan pulak
Before tu, nurse buat belon ikan untukKhayr
5 tiub jugak diorg ambik darah untuk test.
Nasib baik 2nd cucuk tu ok, kalau tak memang saya mengamuk kat situ *berani ker??? hehee
|
Nurse tua tu tukang pegang. masa ambik darah tahun lepas, dia la yang cucuk Khayr |
|
Ni nurse yang cucuk Khayr.. Tu dia tengah buat belon ikan..huhuhu |
Lepas semua selesai, saya dan En Kam bawk Khayr pergi makan kat cafe
Kena make sure dia makan something
Kalau tak risau dia main jer kat sekolah nanti, makan nye tidak
|
Tengok la punya susah nak pujuk dia makan...huhu |
Ni gambar masa balik sekolah. Cikgu tak tanggal kan pun balutan tu..
Sila abai kan baju dan seluar yang kotor tu yea
Kotor sebab main kat luar la tu..hehee
Selepas seminggu baru boleh tau result ujian darah ni. Semoga takde apa yang serius..Amin