Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 31, 2012

Kenduri berbuka puasa

Sabtu lepas, kami geng kg Flems organised majlis berbuka puasa.
Kali ni Fara jadi tuan rumah.
Kak Q pula jadi chef..
Dia Masterchef, so memang layak jadi chef untuk kenduri...hihi
Saya jadi supporters je la..boleh?

Tetamu nya geng2 biasa.
Yang kelakarnya, hari kejadian tu
Kak Q dok upload gambar makanan yang dia dah masak
Satu satu dia upload..haishhh
Yang kita ni dok telan air liur dok tgk kat fb
Yg tetamu pun seronok dok komen
Masing2 tak sabar nak tunggu masa berbuka
Hehehee

Saya buat kuih tepung pelita
Request by En Kam..huu
Cantik tak tepung pelita saya?



Resepi dari kak ita, blog masakan masam manis
Saya tengok je blog kak ita, terus teruja nak mencuba
Lapisan bawah yang senget2 tu, En Kam yang buat
Daun pandan tu saya yg hias..heeee

Resepi nya ( copy paste dari blog kak ita)

Tepung pelita

Lapisan hijau

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan ~ Kjee blend daun pandan. Airnya Kjee sukat
sedikit pewarna hijau ~ kalau warna daun pandan tidak mencukupi

Larutkan bahan2 atas hingga sebati
kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang.
Tepikan.

Lapisan Putih (Santan)

¾ cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung ~
7 cawan santan ~ Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan
½ sudu kecik garam

Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam api dan curahkan atas lapisan hijau.
Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Mudah kan? Memang wajib cuba, rasa nya pon sedap. Makan sejuk2... Nyummy

Sambung cerita kenduri tadi
Seronok berbuka puasa ramai2 ni
Laju jer makan, tak pandai stop pula tu
Dah habis tambah lagi..lagi ..lagi
Bahaya betul

Menu petang tu
Nasi beriyani tanam, pajeri nenas, kari daging, kerabu suun ( K.Q)






Bihun sup meletop yg femes tu , ejant bawa


Kuih cara berlauk , k. Hani bawa


Tuan rumah buat karipap, dia memang tokey karipap..hihi
Lepas majlis berbuka, teraweh sama2
Alhamdulillah
Tak dapat berbuka bersama keluarga di malaysia
Berbuka la kami dengan keluarga kecil kat sini


Khayr pun seronok dapat jumpa Abg Wais & Fan
Gembira je dia malam tu



Hari ni Fara dah balik kampung untuk beraya
Bila la pula turn kami kan
Buat masa ni takde lagi planning nak balik beraya
Bukan selalu kan dapat experience beraya di perantauan..hihi

Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 25, 2012

Presenting our babies!!


Dah berbunga uolss!
Excited tengok pokok ni berbunga..hihi
Bunga yang lama dah habis
Tapi dah tumbuh bunga yang baru :)
Walaupun tak banyak macam bunga yang asal, tapi kira ok la kan?
Harap2 makin sihat la pokok ni.. Ameeen.


Comel kan bunga tu
Warna pink lagi..auwwww


Yang ni pula pokok yang saya beli kat ikea
Dah tumbuh banyak tunas baru
Daun yang mati tu tak sempat nak trim, dah ambik gambar ni
Heeee
Takpe, esok kita trim
Tadi dah nak berbuka
Bila tengok bunga dan pokok ni tumbuh sihat
Terus rasa nak pergi beli bunga baruesok pagi
Boleh??? Heeeee
Dapat orkid pun best juga ni... Ermmm

Khayr ni sejak ramadhan tak berapa nak selera ounch
Risau saya
Baru je suka tengok dia makan banyak lepas demam aritu
Dah kurang makan balik :(
Bila kita suap dia, dia pun sibuk nak suruh kita makan juga
Abah dan ibu puasa la sayang...
Tapi bila iftar
Boleh tahan juga dia makan
Semalam dia makan2 keping popia
Selalunya nak habis 1 pun bukan senang ok
Semalam dia makan 2
Saya pula goreng dalam 6 je sebab takut tak habis
En kam tak bagi saya makan, sebab takut khayr nak makan popia tu..hihihi





Semalam kami berbuka nasi ayam
Tengok la tu
Lepas habis popia 2 keping, dia sibuk nak gigit ayam saya
Bukan main lagi cara dia gigit tu kan
Macam gigi tu dah penuh je...hehehehe
Layan kan aje


Lepas tu macam biasa la
Orang solat dia pun sibuk la nak solat juga
Bagi sejadah kecik dia tak mau
Pandai dia
Nak yang besar..dah ibu pula kena guna sejadah kecik


Ibu doakan Khayr membesar jadi anak yang soleh
Jadi seorang muslim yang sebenar nya mengikut ajaran rasul dan Allah
Menceriakan hati ibu dan ayah
Rajin, bijak dan sentiasa hormat kepada orang lain
Amen

SELAMAT BERPUASA

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke 4.
Bermula hari ini, saya bercuti di rumah selama seminggu.
Saja nak ambil mood ramadhan.
Supervisor pun pergi bercuti.
Maka saya pun berehat di rumah je minggu ni.
Seronok layan si kecik tu.
Bangun pagi jer, muka khayr ceria je kejut saya bangun tidur

Titta titta ( tengok tengok)
Tu la ayat dia pagi2 sambil tunjuk tingkap
Suruh ibu bangun , hari dah siang...hehehehee

So hari ni tak pergi memana pun
En kam buat laundry
Saya layan khayr je
Then sorting barang yang nk hantr ke kmpung
Kami ada beli kan baju raya untuk family di malaysia
Nanti ada kawan dari stockholm akan pulang beraya
So kitorang tumpang beg diorg je

Tengah baring2 layan internet sebab khayr tidur
Ibu bosan xtau nak buat apa
Terbaca status fb kak qory
Dia nak buat cendol!
So terus sms kak ory ckap nk join n belajar cara nak buat cendol
Hehehe
Maka petang tadi bercendol ler kita uolss..hehehe

Cara2 dia senang jer

1cawan tepung beras
1 sudu tepung ubi
3 cawan air
1 sudu kecil air kpur
Sedikit garam
Perisa pandan
Pewarna

Cara2:
Kacau semua bahan sehingga larut
Then kcau atas api sehingga likat berkilat
Masa kacau tu kena make sure api kita kawal
Takut berkerak di kuali kalau api terlalu besar
Bila nampak tepung dah agak likat, kecilkan api
Kacau hingga betul2 berkilat dan likat
Lepas tu masuk kan ke dalam acuan,
Press ke dalam bekas berisi air sejuk
Dan tapis.. Dah siap.. Mudah kan :)
Senang sangat


Ni la acuan yang sya guna, actually ni acuan untuk buat mashed potato kalau tak silap


Nampak tak lubang dalam acuan tu? So bila kita press acuan ni, cendol akan terbentuk la panjang2 molek je..hihi


Cendol murtad nama nya ni sebab warna merah.. ( daun pandan takde)

Berbuka tadi saya goreng mee aka spagetti je
Buat basah2... Nyummy :))


Tengok la si kecik tu makan
Bukan main sedap lagi dia suap
Hehehe
Seronok tengok dia makan
Bukan senang nak tengok khayr makan macam tu








- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan dulu dan kini

Hari ni masuk hari ke 3 ramadhan.
Alhamdulillah.
Tahun ni muslim di stockholm berpuasa 19++ hrs
Subuh masuk jam 2.15am dan berbuka jam 9.45pm
Kalau dengar tu memang teruk..huhu
Tapi alhamdulillah setakat ni, puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

Tahun lepas saya rasa letih sangat
Rumah jauh dari sekolah, almost 1 jam 30 minit saya travel with tbana.
By the time sampai rumah, memang dah lembik.
Tidur dulu, or breastfeed Khayr then tidur.
Bangun dari tidur baru la nak masak or pam susu pula
Khayr waktu tu dah besar, almost 8 bulan
Memang kuat menyusu badan time tu
Waktu tu khayr tak minum susu formula
Dia pula kurang makan, so memang kuat menyusu badan
Tahun lepas sya berpuasa seminggu je, sebab susu kering bila puasa
Mana nak pam kat sekolah lagi
Balik rumah nak susu kan Khayr
Nak pam untuk bekal esok pula
Malam2 nak kena bangun susu kan kahyr, pam susu lagi
Penat sangat

Sedih pon ada tak dapat berpuasa
Sedih lagi tengok khayr menangis sebab lapar, tak mahu minum susu formula
Last2 saya give up, dan tak berpuasa
Tapi lagi sedih, sebab lepas tu..susu terus kurang tak macam biasa :(
Bermula dari tu la, Khayr minumsusu formula selang seli dngan BM

Tahun ni alhamdulillah sya rasa lebih bertenaga
Boleh solat terawih ( setakat ni) dan amalan sunat lain sikit2
Khayr pun dah besar
Kami tidur kan dia dulu lepas isya, baru terawih
Kadang2 bila maghrib, dia pun join solat sekali..hehehe






Saya bentang sejadah, bagi dia main doodle thomas tu
Kadang2 bila dia teringat, dia bgn solat or sujud ikut kita..hehe
Tengok la tu, dia ambik kopiah abah nya

Semalam cari2 jumpa kopiah dia.
Pak lang khayr beli kan masa raya tahun lepas.
Nasib baik muat lagi
Arini zohor tdi, ikut abah sembahyang dah tak mo buka pula kopiah tu
Dah main ipad pun pakai kopiah..hehehe






Khayr kalau bunyi bahasa arab, dia mesti tadah tangan amin
Kelakar pun ada
Zohor tadi, abah dia mengaji
Dia pun nak juga
Bagi buku tak mahu
Nak yang ada tulisan arab
Sya bagi dia muqaddam
Tapi kejap je
Tkut dia koyak kan walaupon dia tak pernah koyak buku
Ingat nak cari kan dia buku alif ba ta la
Ermmmm
Mana nak cari ye



Semalam saya masak nasi hujan panas.
First time ..
Makan denagn ayam masak merah
Resepi ambil di internet..hehehe
Macam biasa la
Blog kak intan
Alhamdulillah sedap :)
Taraaaa



Semalam berbuka dengan kak qory
Dia masak mee kuah
Sedap
Ada lebih lagi dalam fridge tu
Arini berbuk dengan mee tu jer la.
Saya dh buat pau sambal
Lupa nak ambik gambar
Nanti nak update resepi la
Kalo nak repeat next time senang kan

Ok la.
Selamat beerpuasa semua !
- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 2012

Esok, Jumaat semua muslim di Sweden akan mula berpuasa.
Azam tahun ni, semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun lepas.
Sungguh sungguh ni.
Ameeen.
Selamat berpuasa dan beramal ibadah semua :)



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 7, 2012

Strawberry tiramisu

Tara !!!
See what I made this afternoon!
Yes
It's strawberry tiramisu uolls

Dah lama nak cuba dessert ni
Tengok kat blog kak intan


Kalau ziarah blog kak intan ni
Memang meleleh jer air liur
Semua nampak sedap
Semua rasa nak cuba
Semua rasa nak makan
Semua gambar nampak cantik jer
Semua semua lah
Dan dan tu rasa macam nak pi cari barang nak buat
Hehehe

Kak intan ni bukan je pandai memasak
Pandai ambik gambar
Kreatif
Bila la nak ada bakat memasak macam ni kan

Resepi boleh tengok kat situ ye
Malas nak taip kat sini
Nak pergi makan tiramisu
Hehehe





- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 6, 2012







Cuba teka siapa saya????



























CAK !!!!



Hehehehe..budak ikat rambut tocang!

Lately Khayr asyik tidur pukul 11.30 malam.
Punca nya sebab balik sekolah mesti dia tidur
Selalunya pukul 7ptg dia tidur sampai la esok pagi.
Sekarang, pukul 5 or 5.30 dah tidur, kang pukul 7 baru dia bangun.
Tu yang sampai pukul 11 malam berjaga...

Can't stop playing
Pastu berpeluh-peluh kepala tu
Rambut dia kan tenal plus panjang
Dah lama tak trim rambut tu
Itu la jadinya
Last2 saya geram, kasi tocang rambut tu
Hehehehe
Tapi xboleh buat selalu
Kang lain pulak jadi nya kan..lhuhuhu

Saya dah 2 hari tak ke sekolah
Demam
Sebenarnya dah dekat seminggu selsema
Tapi tak makan ubat, konon nak lawan la virus tu
Akhirnya kalah jugak
Mula2 en kam yg demam n batuk
Pastu kahyr pulak demam panas 5 hari
Now saya pula
Harap2 taklah sampai 5 hari !
Banyak kerja lab dah tertangguh

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, July 2, 2012

Basikal

Misi nak cari basikal si Khayr ni dah lama.
Puncanya sebab tiap kali dia nampak basikal, mesti dia nak naik basikal orang.
Kesian pulak tengok
Mungkin sebab di sekolah dia biasa main basikal kot
Kami pun plan nak cari basikal untuk si kecik tu

Mula2 saya kata kat En Kam , cari kat blocket.se je...huu
Tapi en kam takmau pula
En kam kalau dengan kahyr memang tak berkira sikit..ke banyak?

So aritu pi Willys, kitorang masuk la kat satu kedai ni
XXL nama kedai nya
Kedai barangan sukan...
Ada la basikal
Tak payah nak ngkat Khayr naik basikal
Dia dah panjat naik dulu..huuu
Warna hijau dah cun
Tapi besr la pulak kan
Khayr tak sampai kaki kat pedal tu...hehehe


Cuba yang lain pula
Tricycle
Oldskol sangat
Saya suka
Tapi nampak Khayr macam tak balance
So tak ambil juga


So pulang la ke rumah dengan hampa
Jenuh juga la nak pujuk si kecik tu turun basikal
Sedih pula saya tengok
Beriya betul dia nak naik basikal kan

So saya tak putus asa..ceeecece
Search online pula
Ada jumpa kat Bitelma
So plan ngn en kam cari kat Bitelma terdekat..kat Botkyrka
Ada tapi.... Nampak kahyr tak balance juga...huuu
Hampa juga

So lepas balik dari Budapest haritu
Kami pi Toysrus
Khayr tido dalam stroller
Tapi saya and en kam confident jer khayr ngam ngn basikal yang kami pilih ni
Sampai rumah, Khayr bangun
Kami pun buat la surprise
Surprise la sangat kan
Buka je plastic bag tu
Tunjuk kat Khayr
Wahhh
Dia terus tepuk tangan ok!
Hahahahahaa
Tengok la siap posing muka gembira!


En kam pun semangat nak pasang basikal tu
Dan khayr pun sibuk la nak tolong kan
Tengok la gambar kat bawah ni


Semangat la dua beranak ni


Tengok tu
Tak putus asa
Tak penat pulak tu


Bila dia dah nampak bentuk basikal tu
Dah berebut dengan en kam
Yang dia sibuk nak naik basikal tu
Walaupon tak siap pasang lagi
Yang en kam berebut la nak pasang habis kan





Tolong abah pasang seat basikal
Hahahahaah


Akhir nya...
Saya dah boleh naik basikal
Yeayyhy
Senyum meleret tu


Amboih bukan main lagi dia posing kan
Tak siap lagi sebenar nya
En kam dok sibuk pasang handle untuk kami tolak khayr


Dah siap tu, terus ajak abah keluar
Nak test basikal baru !
Anak ooo anak
Macam2
Tau pula dia nak test kat corridor
Dalam rumah sempit kot agak nya


Dah penat round corridor tak tau berapa kali
Tengok la apa dia buat
Cuci basikal u !
Rajin la anak bujang ibu ni...hehehehe
Ibu sayang Khayr tau !



- Posted using BlogPress from my iPad