Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan dulu dan kini

Hari ni masuk hari ke 3 ramadhan.
Alhamdulillah.
Tahun ni muslim di stockholm berpuasa 19++ hrs
Subuh masuk jam 2.15am dan berbuka jam 9.45pm
Kalau dengar tu memang teruk..huhu
Tapi alhamdulillah setakat ni, puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

Tahun lepas saya rasa letih sangat
Rumah jauh dari sekolah, almost 1 jam 30 minit saya travel with tbana.
By the time sampai rumah, memang dah lembik.
Tidur dulu, or breastfeed Khayr then tidur.
Bangun dari tidur baru la nak masak or pam susu pula
Khayr waktu tu dah besar, almost 8 bulan
Memang kuat menyusu badan time tu
Waktu tu khayr tak minum susu formula
Dia pula kurang makan, so memang kuat menyusu badan
Tahun lepas sya berpuasa seminggu je, sebab susu kering bila puasa
Mana nak pam kat sekolah lagi
Balik rumah nak susu kan Khayr
Nak pam untuk bekal esok pula
Malam2 nak kena bangun susu kan kahyr, pam susu lagi
Penat sangat

Sedih pon ada tak dapat berpuasa
Sedih lagi tengok khayr menangis sebab lapar, tak mahu minum susu formula
Last2 saya give up, dan tak berpuasa
Tapi lagi sedih, sebab lepas tu..susu terus kurang tak macam biasa :(
Bermula dari tu la, Khayr minumsusu formula selang seli dngan BM

Tahun ni alhamdulillah sya rasa lebih bertenaga
Boleh solat terawih ( setakat ni) dan amalan sunat lain sikit2
Khayr pun dah besar
Kami tidur kan dia dulu lepas isya, baru terawih
Kadang2 bila maghrib, dia pun join solat sekali..hehehe






Saya bentang sejadah, bagi dia main doodle thomas tu
Kadang2 bila dia teringat, dia bgn solat or sujud ikut kita..hehe
Tengok la tu, dia ambik kopiah abah nya

Semalam cari2 jumpa kopiah dia.
Pak lang khayr beli kan masa raya tahun lepas.
Nasib baik muat lagi
Arini zohor tdi, ikut abah sembahyang dah tak mo buka pula kopiah tu
Dah main ipad pun pakai kopiah..hehehe






Khayr kalau bunyi bahasa arab, dia mesti tadah tangan amin
Kelakar pun ada
Zohor tadi, abah dia mengaji
Dia pun nak juga
Bagi buku tak mahu
Nak yang ada tulisan arab
Sya bagi dia muqaddam
Tapi kejap je
Tkut dia koyak kan walaupon dia tak pernah koyak buku
Ingat nak cari kan dia buku alif ba ta la
Ermmmm
Mana nak cari ye



Semalam saya masak nasi hujan panas.
First time ..
Makan denagn ayam masak merah
Resepi ambil di internet..hehehe
Macam biasa la
Blog kak intan
Alhamdulillah sedap :)
Taraaaa



Semalam berbuka dengan kak qory
Dia masak mee kuah
Sedap
Ada lebih lagi dalam fridge tu
Arini berbuk dengan mee tu jer la.
Saya dh buat pau sambal
Lupa nak ambik gambar
Nanti nak update resepi la
Kalo nak repeat next time senang kan

Ok la.
Selamat beerpuasa semua !
- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment