Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 22, 2012

Mini snow storm

Sabtu lepas 15hb.. sepatutnya plan asal nak buat majlis hari lahir kesayangan...
Tapi minggu sebelum tu khayr kena stomach bug.. 2hari juga dia diarrhea dan muntah2
Selepas telepon Kak Ani ... kami pergi cari ubat di Apoteket
Alhamdulillah ada ORS yang untuk toddler
Selepas minum air tu..alhamdulillah Khayr pun sihat
Tapi selepas sihat tu.. tak selera pulak nak makan.. haish
Risau kami dibuatnya.. dah la dia memang susah nak makan
Bila tak sihat lagi la tak makan...minum fresh milk je huhu
Sampai kami telepon doctor tanya mcmana kan...then nurse nasihat kan byk minum jus apple..minum yogurt..dan hanya makan porridge..carrot dan kentang je
Dan budak mmg tak akan ada selera nak makan selepas kena stomach flu.. ok faham. So tak risau sangat

2hari lepas tu.. saya pulak sambung kena diarrhea..
Memang hazab..rasa nak tidur dalam toilet je
Perut jadi memulas.. sampai berbunyi
Khayr bila dengar je perut saya bunyi..terus tarik tgn ajak pergi toilet.. hahhaa
5 hari jugak kena.. ada makan ubat dari Malaysia..tp tak jalan
At last En Kam pegi cari ubat kat apoteket
Makan ubat tu..still diarrhea
Makan lagi.. sepapan juga la habis.. huhu
Baru dah berhenti ulang ke toilet adoiii

So sebab tu tak jadi nak buat birthday Khayr Sabtu lepas..
Maka ubah plan... kami pergi ke rumah Kak Ani
Dia jemput datang rumah sebab nak raikan Kak Q yg dah nk balik Malaysia for good
Rumah kak ani di Rinkeby... jauh jugak dari rumah kitorang sbb rinkeby di utara Stockholm.. Huddinge di Selatan Stockholm

Nak jadi cerita ... pagi tu snowing quite heavy juga plus windy
Ala2 mini snow storm.. huuu
Sebab dah janji nak pergi..so redah juga la snow tu..
Lagipun saya dah masak cream puff untuk buah tangan
En Kam pun sakit perut pagi tu.. asyik ulang ke toilet..nasib baik lepas makan ubat dia ok sikit
Sejam juga perjalanan nak sampai ke rumah Kak ani
Tambah dengan snow lagi rasa jauh
Nasib baik Khayr cool je duduk dlm stroller
Good boy

Tapi memang berbaloi tolak stroller dlm snow
Sebab nya kak ani masak sedap sangat hihi
Nasi tomato..ayam dan kambing bakar
Sodap.. sampai Khayr tengah mkn pon ckp sedap hihi
Dessert pon sedap!

Lama juga lepak rmh kak ani ..dari pukuln3 sampai pukul 6
Borak2..
Kebetulan Khayr baru nak tidur masa Kak Q dan lain 2 nak balik
Jadi kami balik lmbat sikit
Sampai rumah almost pukul 10 juga
Mula2 En Kam ajak jalan2 Stockholm
Tapi kesian pulak dekat si kecik tu
Jadi terus balik rumah je

Esok kami buat majlis hari lahir Khayr
Sekali dengan farewell party Kak Q

Thursday, December 20, 2012

Jom makan

Khayr makan vanilla bullar for dinner :)



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 15, 2012

pizza

Semalam balik sekolah rasa nak sangat makan pizza
Gigih pergi Huddinge centrum nak cari halal cheese
Masa nak bayar..dah credit card tak boleh guna
Credit card saya takde code..selalu okay je kalau tunjuk ID
Dah malu kena keluarkan cash dulu..huhu
Nasib baik casher tu okay

Balik semangat berkobar2 nak buat dough
Tapi sebab en kam dah masak tomyam.. isi minyak dulu dengan tomyam hahha
Mana tak gemuk kan.. semua pon nak makan

Resepi dough ni ambil dari internet
Dari Allrecipes kot kalau tak salah
Memang easy peasy and syedapp hehe

Dough
2 cawan tepung gandum
Yis Kering yang 18g tu.. masuk kan half (resepi asal masuk 8gram)
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil
3/4 cawan air suam

mula2 masuk kan semua bahan kering dalam bowl
kacau bagi rata
pastu masuk kan olive oil n air suam
uli sampai xmelekit
dalam 10 minit jugak kot..
then tutup bowl dengan kain kering
letak kat tepi stove supaya panas sikit
saya buka 1 stove.. supaya panas sikit
tunggu dalam 30minit untuk dough naik 2x ganda
then tumbuk2 untuk keluarkan angin dari dough
baru uli lagi for 1 minute
dah ready untuk topping pulak hehehe

Topping
saya letak sos spagetti je
pastu capsicum..
topping ni ikut suka hati la nak letak apa kan
kalau tamak mcm saya boleh letak banyak hahaha
kerja tabur topping serah kat enkam n khayr
memang favourite diorang hihi
seronok khayr tolong abah tabur cheese

bakar at 170'C for 20 minute
bila dah 10 minute saya keluarkan dan letak mozarella cheese.. masuk oven semula..continue sampai masak

hasilnya
khayr makan almost 1 slide!!
which is banyak kot bagi khayr
selalu kalau makan half pon dah bersyukur
cheese ada lagi.. nak buat lagi nanti
yeayyyyy

Wednesday, December 12, 2012

Choo Choo

Semalam kami pergi jalan2 di Liljeholmen
Khayr cuti, ibu dan abah ponteng sekolah...hehe
Pergi cari baju untuk Khayr
Asyik2 Khayr yang shopping kan.. hehe
Seronok Khayr dapat jalan2 dengan ibu dan abah

1st sekali kami masuk polarn o pyret or POP
Kedai ni ni cap Sweden
Baju2 dia memang berkualiti berbanding H&m or Lindex

Tengok siapa yang excited???






Tengok hasil tangkapan semalam
Itu semua Khayr punya..pokai ibu dengan abah
Cantik kan wrapping dia
Abah la rajin pergi suruh casher wraped
Tapi suka sebab cantik hehehe

Pastu misi pergi  cari socks Khayr
Seronok Khayr jumpa socks yang ada gambar billar (kereta)
Mulut tu asyik bill... billar..
Mahal ek stoking tu.. satu SEK 59=rm30 huhu
Bila dah bayar, dia sibuk nak pegnag paperbag tu
Suka dia abah belikan socks ada gambar bill
Lepas ni kena rajin pakai socks tau sayang

Balik kitorang singgah makan sushi di Aspudden.. weee
Sekarang Kak ani bukan je ada sushi.. ada makanan Thai juga..
So semalam saya cuba Pat Thai.. syedappp

Ish tengok gambar ni terus rasa lapar...
Nak makan Pat Thai lagi.. waaaa


Monday, December 10, 2012

It's snowing in Stockholm

on 28th of November, Thursday..
Finally it was snowing here in stockholm
And all of us were very excited
Enjoy the pictures

Friday, December 7, 2012

first pulka experience



7th December 2012
First Khayr's pulka experience
He was going to school by pulka
My little man very excited.. also the father... not forget the mother... hahaha
And when he arrived at school
He was crying ...doesn't want to go inside the classroom but want to play pulka outside
hahahaha


Thursday, December 6, 2012

khayr is two

Khayr is two today
Alhamdulillah
Cepat betul masa berlalu kan
Ibu dan abah tak sempat nak beli hadiah untik Khayr
Plan asal nak pergi cari semalam
Tapi semalam we were having snow storm in stockhom
Ibu doakan anak ibu jadi anak yang soleh
Bijak
Menceriakan hati abah dan ibu selalu
Ibu abah sayang Khayr