Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 22, 2012

Mini snow storm

Sabtu lepas 15hb.. sepatutnya plan asal nak buat majlis hari lahir kesayangan...
Tapi minggu sebelum tu khayr kena stomach bug.. 2hari juga dia diarrhea dan muntah2
Selepas telepon Kak Ani ... kami pergi cari ubat di Apoteket
Alhamdulillah ada ORS yang untuk toddler
Selepas minum air tu..alhamdulillah Khayr pun sihat
Tapi selepas sihat tu.. tak selera pulak nak makan.. haish
Risau kami dibuatnya.. dah la dia memang susah nak makan
Bila tak sihat lagi la tak makan...minum fresh milk je huhu
Sampai kami telepon doctor tanya mcmana kan...then nurse nasihat kan byk minum jus apple..minum yogurt..dan hanya makan porridge..carrot dan kentang je
Dan budak mmg tak akan ada selera nak makan selepas kena stomach flu.. ok faham. So tak risau sangat

2hari lepas tu.. saya pulak sambung kena diarrhea..
Memang hazab..rasa nak tidur dalam toilet je
Perut jadi memulas.. sampai berbunyi
Khayr bila dengar je perut saya bunyi..terus tarik tgn ajak pergi toilet.. hahhaa
5 hari jugak kena.. ada makan ubat dari Malaysia..tp tak jalan
At last En Kam pegi cari ubat kat apoteket
Makan ubat tu..still diarrhea
Makan lagi.. sepapan juga la habis.. huhu
Baru dah berhenti ulang ke toilet adoiii

So sebab tu tak jadi nak buat birthday Khayr Sabtu lepas..
Maka ubah plan... kami pergi ke rumah Kak Ani
Dia jemput datang rumah sebab nak raikan Kak Q yg dah nk balik Malaysia for good
Rumah kak ani di Rinkeby... jauh jugak dari rumah kitorang sbb rinkeby di utara Stockholm.. Huddinge di Selatan Stockholm

Nak jadi cerita ... pagi tu snowing quite heavy juga plus windy
Ala2 mini snow storm.. huuu
Sebab dah janji nak pergi..so redah juga la snow tu..
Lagipun saya dah masak cream puff untuk buah tangan
En Kam pun sakit perut pagi tu.. asyik ulang ke toilet..nasib baik lepas makan ubat dia ok sikit
Sejam juga perjalanan nak sampai ke rumah Kak ani
Tambah dengan snow lagi rasa jauh
Nasib baik Khayr cool je duduk dlm stroller
Good boy

Tapi memang berbaloi tolak stroller dlm snow
Sebab nya kak ani masak sedap sangat hihi
Nasi tomato..ayam dan kambing bakar
Sodap.. sampai Khayr tengah mkn pon ckp sedap hihi
Dessert pon sedap!

Lama juga lepak rmh kak ani ..dari pukuln3 sampai pukul 6
Borak2..
Kebetulan Khayr baru nak tidur masa Kak Q dan lain 2 nak balik
Jadi kami balik lmbat sikit
Sampai rumah almost pukul 10 juga
Mula2 En Kam ajak jalan2 Stockholm
Tapi kesian pulak dekat si kecik tu
Jadi terus balik rumah je

Esok kami buat majlis hari lahir Khayr
Sekali dengan farewell party Kak Q

No comments:

Post a Comment