Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 24, 2014

MH370 Al Fatihah

24 March 2014, 1500 

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's full statement on the missing MH370 plane:
"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.
Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.
We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation."


The text message to the families read:

"Malaysia Airlines deeply regrets that we have to assume beyond any reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on board survived. As you will hear in the next hour from Malaysia's Prime Minister, we must now accept all evidence suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean."






12/52

He and his cars.

Monday, March 17, 2014

Back to winter wonderland

Sabtu lepas 15/3 .. snow turun balik di Stockholm ni. Bangun pagi je.. putih semua. Sejuk. Angin pun bukan main kuat lagi. Kami breakfast bihun goreng leftover from dinner semalam. Khayr macam biasa makan banyak. Suka betul dia bihun goreng si kecik ni. Hihi. Tak pergi mana2 pun. Lepak kat rumah jer. Layan bos kecik main je :) lunch saya masak nasi ayam. Nasi ayam lagi?? Itu je la yang senang and bos kecik suka . Alhamdulillah.. banyak dia makan. Ibu pun happy.

Ahad. Bangun lambat. Hihi. Khayr breakfast rotiska je. Lunch awal. Ajak erfan datang main dengan Khayr. Kesian Khayr main sorang2. At least ada ler kawan kan...
Petang bos kecik bangun tidur.. cakap nak makan karipap. Alahai anak. Ibu pun buat ler karipap walaupon agak malas la kan... . Buat extra.. so kalau dia nak karipap lagi esok.. goreng je. Hehe.

Bangun pagi ni.. laaaa putih balik. Snowing rupanya malam tadi. Tebal jugak snow. Huhu. Dah la bangun lambat. Patut ada meeting dengan sv.. terlepas bus pkul 7.10.. ambik bus pkul 8. Dah traffic really bad. Sampai hospital pkul 9.15 . Course patut start pkul 9. Baru terhegeh2 nak cari tempat course. Dah la kat ceruk hospital. Sampai kelas dh pkul 9.30. Niceee shima. Esok buat lagi hahaha. Lunch balik office. Ingat nak jumpa sv. Dah dia takde pulak. Alahai... nak balik kelas pkul 1.. snowing lebat sangat. Habis basah dan sejuk.

Owh dalam course ni ada budak Iran. Asyik puji Malaysia je. Alhamdulillah. Dia ckap Tun Mahathir Muhammad the best leader. Malaysia is a very good country.. in economic. Bangga pulak. Hihi. Nasib baik dia tak cerita pasal tok bomoh yang nak tampar KJ tu !! Hahaha.

Ok tu je nak cite. Bye!!

11/52

Last week weather was really nice to us. This little boy had a great time with his scooter :D

Redha

Last week SV takde. Dia bercuti lepas Half time control saya haritu. Dia suruh saya bercuti jugak seminggu... amboi lamanya hehehe. Macamana nak cuti kan.. ada 2 weeks course la pulak esok sampai Jumaat minggu depan. Ok takpe, sebab dia dah offer... lepas course kita cuti yeayyy.

Sebab dia takde, saya pun ambik kesempatan ponteng. Ponteng sebab nak attend perbicaraan kes salah seorang staff Pelanc*ngan Malaysia di Stockholm ni. Perbicaraan dah lama. Last week was the final week. Saya sempat hadir pada hari Rabu dan Jumaat. Saya kenal kakak Sh*l ni. Baik orangnya... memang ikut jer perkembangan kes di suratkhabar. Nak pergi dengar hearing tak  mampu, sebab sekolah.. masa tu pulak nak dekat Half Time.. so memang busy. Sebab tu alhamdulillah bila dapat datang tu rasa lega sangat. En Kam memang kalau dia ada masa, memang dia pergi. So selalu EN Kam la yg cerita balik kat saya.

Pagi hantar Khayr pergi sekolah awal sikit...lepas tu saya dan En Kam pergi ke KI naik bas sekolah macam biasa...dari hospital ambil bus ke SOlna. 

Hari Rabu

Sampai dalam pukul 10 pagi. Perbiacaraan mula pada pukul 9 Pagi. Jadi heraing dah mula... masa saya masuk dan duduk.. nampak ada kakak2 lain yang datang... masa tengok muka kakak Sh*l, rasa nak menangis. Rasa sedih sangat. Kenapa?? Sebab kakak dah susut badan.. dah kurus!! Muka nampak letih... pucat . Abg Aziz*l pun. Dia pakai kemeja warna biru dan blazer hitam.Muka nampak pucat dan letih. Kakak pakai tudung warna merah.. jacket warna coklat. Perbicaraan dalam bahasa Svenska. Saya tak paham... tapi dengar je. Hari Rabu tu... ditayangkan video 2 rakan sekolah Amm*r disoal oleh polis.. Mereka cerita mereka yang encourage dia cakap pada kaunselor sekolah.. Mereka cerita Amm*r was super sad sebab kena pukul dengan mak dia... jadi diorg cakap better kalau dia bagaitau pihak kaunseling... Hmmmmm. Sepanjang perbicaraan saya nampak kakak tenang dan yakin menjawab setiap soalan yang diberikan. Saya tak dapat bayangkan kalau saya yang duduk di kerusi tu.. Nauzubillah... saya tahu saya tak sekuat kakak, Sebab tu Allah pilih untuk uji Kakak dan bukan saya!

Hari Jumaat

Hari terakhir perbicaraan. Kami sampai dalam pukul 9.30 . Hari ni, hari terakhir setiap lawyers akan beri hujah terakhir. Kakak Sh*l dan Abg Aziz*l pakai baju yang sama seperti hari rabu. Saya dengar jugak walaupun tak paham apa2.. hari Jumaat, ramai kawan2 Kakak yg lain datang. Aunty Fauziah dan Hj Sam pun ada...  pihak pendakwaraya minta kepada hakim untuk sambung tahanan reman sehingga verdict diumumkan secara bertulis kepada peguam masing2 pada 28 March ini. Atas alasan takut both kakak dan suami pulang ke Malaysia jika dilepaskan.hmmmmm. Mereka juga minta supaya Kakak dikenakan 2.5 tahun penjara dan abg Aziz*l 2 tahun penjara sekiranya bersalah. Nauzubillahhhh. Terkejut saya dengar. Ya ALLAH bantulah mereka ... saya doa dalam court ketika tu. 

Mahkamah berhenti rehat. En Kam dah keluar awal pergi solat Jumaat. saya , kakak Ail*n dan Kak Han* jalan kaki ke Solan untuk beli lunch. Sambil jalan tu kakak Ail*n cerita pada saya apa yang dia paham dari perbicaraan tadi. Peguam kepada setiap anak2 kakak Sh*l minta sejumlah wang pampasan yang berbeza bagi setiap anak. Jumlah berbeza mengikut tahap kecederaan (walaupon takde kesan di pukul pun) mental dan fizikal setiap anak. HMmmmmm ya Allah dunia akhir zaman kan!!

Lepas rehat mahkamah sambung semula. PEguam abg Aziz*l beri hujah yang terakhir.. Masih Kakak dan abg Aziz*l kelihatan tenang sepanjang perbicaraan.

Selepas berhenti rehat, mahkamah sambung semula pada pukul 3 ptg. Dududk2 jer, hakim dan bagi keputusan. Hakim memutuskan tahanan reman disambung sehingga 28th March, Ya Alllah....  EN Kam sebelah saya dah geleng2 kepala :(( Tapi Kakak Sh*l dan Abg Aziz*l dibenarkan untuk berjumpa atau berhubung dengan saudara mara atau rakan2 lain. Alhamdulillah. 
Masa Kakak Shal dan abg Aziz*l nak dibawa masuk oleh pihak polis... saya sempat melambai tgn kepada kakak. saya tak pasti kalau kakak nmpak atau tak. Tapi saya nampak kakak menangis :((( kakak cakap thank you for coming :(( abg azizul tenang melambai tangan pada kami.

Saya tak dapat tahan air mata ni... jatuh jugak . Laju

Di pintu keluar, saya peluk bahu adik kakak... sabarlah kakak. Insyaallah kita sama2 doa... saya usap bahu adik kakak Sh*l :(( Kalau saya sebagai kawan pun gugur airmata ni, mereka sebagai keluarga apatah lagi.

Malam tu, saya tak dapat tidur. Asyi teringat pada Kakak Sh*l. Terkenang2 muka kakak menangis.

Ya Allah , pada Mu kami memohon. Kau permudahkanlah urusan keluarga ini. Kau ringankan lah bebanan mereka. Kami mengambik iktibar dan pengajaran dari keluarga ini Ya Allah.





Apapun keputusan nya nanti, saya yakin kakak dan keluarga redha. 
Lambatnya nak tunggu verdict pada 28th March ni.

Saturday, March 15, 2014

Transport Museum

Tadi tengok-tengok album
eh jumpa gambar masa kami pergi ke Transport Museum

Cerita last year masa cuti Xmas,
Sebab tak pergi mana2.. so ajak EN Kam ke Transport Museum ni

Kami bertolak dari rumah selepas Zohor. Sebab kan Winter time, jadi waktu solat agak pendek. Jadi lepas solat Zuhur baru gerak. Dekat pukul 2 ptg baru ler samapi... hihi. Khayr seronok sangat masa sampai tu, sebab nya ada train :) Excited Khayr masa sampai tu, nampak kepala keretapi. hahaha. Dia kan suka choo choo train!

Kecik je tempatnya, ada pameran keretapi lama yang digunakan di Stockholm pada masa dulu. Dan ada jugak bas. Macam museum SL.se pun ye hahaha.
Bagi saya agak boring la.. sebab nampak keretapi 'buruk' jer kan. Bas pun 'buruk' . ok mungkin bias sebab memang tak suka museum.. tak kisah la museum apa2 pun hahaha. Tapi sebab Khayr punya pasal... layan jer la kan.

Yang menarik saya rasa sebab ada simulasi kita boleh bawak train. Konon2 nya kita la yg jadi driver train tu.... ada train dan tram. Khayr ulang rasa2 nya sampai 4-5 kali kot. ada la dalam 20 minit saya bertapa kat situ jer, tunggu dia main -.-' tapi macam tadi la, Khayr punya pasal...ikut kan je la... Khayr tak minat pun bas2 lama tu, yang dia nak or suka simulasi train and dia naik semua train yang konon2 dia jadi driver hihihi! Dalam tu ada train pendek, bayar SEK10 boleh ler naik... EN Kam beli 2 tiket, konon2 untuk dia nad Khayr, tapi Khayr taknak naik.... dia sibuk dengan simulasi tu jer! haishh sabor jer la. nasib baik boleh dapat balik sek20. Kalau tak rugi jer walaupon sek20! 

Seronok main dalam tu, tak sedar dah nak tutup.... masa tu kalau tak salah tutup pukul 4. So almost 2 jam dalam tu, tak sedar pun. Sesuai la kalau nak bawa budak2 main dalam tu, especially kalau time winter :)

SO JOm layan gambar !













         



Tuesday, March 11, 2014

10/52

This boy.. belongs to me. Forever. Ibu love you sayang


Pray for MH370

8/3/2014
Awal pagi hari Sabtu tu, berdesup desup mesej masuk kat whatsapp
Masa tu dalam pukul 1.30 pagi masa Stockholm
From my phone dan phone En Kam
Bising betul saya cakap dalam hati
Terus capai telefon nak mute
Tapi sempat baca dulu mesej whatsapp tu
Kapal terbang Mas hilang???

Apa??
Terus buntang  mata
Baca whatsapp satu2
Ya Allah, macamana boleh hilang?
Crashed ke? Janganlahhhh. Xkan hilang gitu jer?? macam2 persoalan waktu tu
Terus cari related news
Ya Allah, terkejut, berdebar...macam2 perasaan waktu tu
Selama saya hidup dah 31 tahun, tak pernah lagi dengar kapal MAS terhempas or kemalangan or etc
Terus saya tak boleh tidur pagi tu, sampai pagi 

227 Penumpang , 12 anak kapal.. dari Kuala Lumpur ke Beijing
38 warganegara Malaysia. Most of them are Chinese citizens

Walaupun tiada sedara kawan yang terlibat, tapi terasa dalam diri 
Setiap hari mesti buka news nak tau update pasal kes ni huuuu.
Keluarga yang terlibat apatah lagi perasaan diorg
No I can't imagine myself
Tak boleh nak bayang, sebab tak jadi kat kita
Of course sedih but I guess it beyond sedih
Nothing can describe the feelings.
Allahhuakbar!!

Sehingga hari ni, Hari ke 4 
No clues, 

Apa pun, semoga kesudahan yang baik
Semua penduduk Malaysia berdoa MH307 dijumpai
Selamat atau tidak, kita doa semoga kapal dapat dijumpai
Prepare for the worst, pray for the best.

Amin.









Tuesday, March 4, 2014

London... aku datang

Alhamdulillah
Semalam buka email. My eyes spotted email from EDN*SG . And here we are... get accepted to present my research study at EDNSG 2014 this coming May. Syukur.

London ... aku datang.














Eh bukan London jer... Liverpool... Manchester.. hahahaha ;)





Sunday, March 2, 2014

Hari memasak

Minggu lepas memang tak masak. En Kam je yang masak dinner. Sekarang lunch roti je.. kalau ada leftover dinner.. bawa je lauk tu. No nasi. Memang berazam nak kurangkan berat. Dah benci tengok diri sendiri kat cermin. Pastu sebab nak exam tu... takde mood langsung nak masak. Nasib baik en Kam memahami. Love you sayang ♥

Tapi weekend, kalau tak keluar memang hari makan sedunia. Makan memang tak ingat dunia lah. Haha. Berkesan ke diet mcm ni cik Shema oiii. Hahaha

So sabtu aritu... masak nasi ayam.  Plan nak masak la yang mencabar sikitkan... ewahhh. Nasi ayam tu malas2 pun boleh masak. Amboi berlagak haha. Tapi takde bahan ler pulok. En kam takgi shopping barang dapur. Hmmm ao nasi ayam je yang sesuai dgn bahan yang ada. Nasi ayam ni favs Khayr. Memang dia suka sup2 kan.. so dia makan byk hehehe.  Petang pulak saya buat congo bars :) masa dia tgh masak dalam oven... bau dia memang buat orang tak tahan nak makan. Wangi... sedap!!

Ahad....

Mula plan asal nak keluar pergi bandar. Tapi cuaca pun suram je... golek2 atas katil je la kita.... hehehe. Bangun pagi je dah pikir nak makan apa ye lunch nanti. Breakfast no prob. Rebus je korv. Itu je la pun yang Khayr makan utk breakfst. Tak pun potatisbullar :)

Godek2 barang dalam freezer.. jumpa petai yawwwww. Hahaha. So apa lagi terus tingggggg mentol kuar. Sambal bilis petai la apa lagi khennnnn. Zassss terus bersilat kat dapur. Semangat petai punya pasal. Hahahaha. Pkul 11.15 dah siap masakk u.. haha.

So menu lunch ahad.
Sambal ikan bilis petai. Terung goreng cili. Sup meatball. Telur dadar.

Bulan segenggam nasi lagi dah. Seperiuk nasi kau!! Haha.

Ok itu je nak cerita. Nak sambung main candy crush haha

9/52

We wish to start him with muqaddam. Every day after maghrib.

Saturday, March 1, 2014

.... alhamdulillah

Ph.D Half Time Control Examination
28 Februari 2014
D2:04
10.30 am
Karolinska University Hospital Solna

Alhamdulillah i passed the examination

A bit nervous  at the beginning, but I managed to delivered the slides very well
The presentation went well
Syukur Ya Allah
Received a good and constructive comments and suggestions from the reviewers

Later,
Me and En Kam had our lunch at Ikiru Sushi
Kind of small celebration for my achievement that day

Some photos for memory