Last week SV takde. Dia bercuti lepas Half time control saya haritu. Dia suruh saya bercuti jugak seminggu... amboi lamanya hehehe. Macamana nak cuti kan.. ada 2 weeks course la pulak esok sampai Jumaat minggu depan. Ok takpe, sebab dia dah offer... lepas course kita cuti yeayyy.
Sebab dia takde, saya pun ambik kesempatan ponteng. Ponteng sebab nak attend perbicaraan kes salah seorang staff Pelanc*ngan Malaysia di Stockholm ni. Perbicaraan dah lama. Last week was the final week. Saya sempat hadir pada hari Rabu dan Jumaat. Saya kenal kakak Sh*l ni. Baik orangnya... memang ikut jer perkembangan kes di suratkhabar. Nak pergi dengar hearing tak mampu, sebab sekolah.. masa tu pulak nak dekat Half Time.. so memang busy. Sebab tu alhamdulillah bila dapat datang tu rasa lega sangat. En Kam memang kalau dia ada masa, memang dia pergi. So selalu EN Kam la yg cerita balik kat saya.
Pagi hantar Khayr pergi sekolah awal sikit...lepas tu saya dan En Kam pergi ke KI naik bas sekolah macam biasa...dari hospital ambil bus ke SOlna.
Hari Rabu
Sampai dalam pukul 10 pagi. Perbiacaraan mula pada pukul 9 Pagi. Jadi heraing dah mula... masa saya masuk dan duduk.. nampak ada kakak2 lain yang datang... masa tengok muka kakak Sh*l, rasa nak menangis. Rasa sedih sangat. Kenapa?? Sebab kakak dah susut badan.. dah kurus!! Muka nampak letih... pucat . Abg Aziz*l pun. Dia pakai kemeja warna biru dan blazer hitam.Muka nampak pucat dan letih. Kakak pakai tudung warna merah.. jacket warna coklat. Perbicaraan dalam bahasa Svenska. Saya tak paham... tapi dengar je. Hari Rabu tu... ditayangkan video 2 rakan sekolah Amm*r disoal oleh polis.. Mereka cerita mereka yang encourage dia cakap pada kaunselor sekolah.. Mereka cerita Amm*r was super sad sebab kena pukul dengan mak dia... jadi diorg cakap better kalau dia bagaitau pihak kaunseling... Hmmmmm. Sepanjang perbicaraan saya nampak kakak tenang dan yakin menjawab setiap soalan yang diberikan. Saya tak dapat bayangkan kalau saya yang duduk di kerusi tu.. Nauzubillah... saya tahu saya tak sekuat kakak, Sebab tu Allah pilih untuk uji Kakak dan bukan saya!
Hari Jumaat
Hari terakhir perbicaraan. Kami sampai dalam pukul 9.30 . Hari ni, hari terakhir setiap lawyers akan beri hujah terakhir. Kakak Sh*l dan Abg Aziz*l pakai baju yang sama seperti hari rabu. Saya dengar jugak walaupun tak paham apa2.. hari Jumaat, ramai kawan2 Kakak yg lain datang. Aunty Fauziah dan Hj Sam pun ada... pihak pendakwaraya minta kepada hakim untuk sambung tahanan reman sehingga verdict diumumkan secara bertulis kepada peguam masing2 pada 28 March ini. Atas alasan takut both kakak dan suami pulang ke Malaysia jika dilepaskan.hmmmmm. Mereka juga minta supaya Kakak dikenakan 2.5 tahun penjara dan abg Aziz*l 2 tahun penjara sekiranya bersalah. Nauzubillahhhh. Terkejut saya dengar. Ya ALLAH bantulah mereka ... saya doa dalam court ketika tu.
Mahkamah berhenti rehat. En Kam dah keluar awal pergi solat Jumaat. saya , kakak Ail*n dan Kak Han* jalan kaki ke Solan untuk beli lunch. Sambil jalan tu kakak Ail*n cerita pada saya apa yang dia paham dari perbicaraan tadi. Peguam kepada setiap anak2 kakak Sh*l minta sejumlah wang pampasan yang berbeza bagi setiap anak. Jumlah berbeza mengikut tahap kecederaan (walaupon takde kesan di pukul pun) mental dan fizikal setiap anak. HMmmmmm ya Allah dunia akhir zaman kan!!
Lepas rehat mahkamah sambung semula. PEguam abg Aziz*l beri hujah yang terakhir.. Masih Kakak dan abg Aziz*l kelihatan tenang sepanjang perbicaraan.
Selepas berhenti rehat, mahkamah sambung semula pada pukul 3 ptg. Dududk2 jer, hakim dan bagi keputusan. Hakim memutuskan tahanan reman disambung sehingga 28th March, Ya Alllah.... EN Kam sebelah saya dah geleng2 kepala :(( Tapi Kakak Sh*l dan Abg Aziz*l dibenarkan untuk berjumpa atau berhubung dengan saudara mara atau rakan2 lain. Alhamdulillah.
Masa Kakak Shal dan abg Aziz*l nak dibawa masuk oleh pihak polis... saya sempat melambai tgn kepada kakak. saya tak pasti kalau kakak nmpak atau tak. Tapi saya nampak kakak menangis :((( kakak cakap thank you for coming :(( abg azizul tenang melambai tangan pada kami.
Saya tak dapat tahan air mata ni... jatuh jugak . Laju
Di pintu keluar, saya peluk bahu adik kakak... sabarlah kakak. Insyaallah kita sama2 doa... saya usap bahu adik kakak Sh*l :(( Kalau saya sebagai kawan pun gugur airmata ni, mereka sebagai keluarga apatah lagi.
Malam tu, saya tak dapat tidur. Asyi teringat pada Kakak Sh*l. Terkenang2 muka kakak menangis.
Ya Allah , pada Mu kami memohon. Kau permudahkanlah urusan keluarga ini. Kau ringankan lah bebanan mereka. Kami mengambik iktibar dan pengajaran dari keluarga ini Ya Allah.
Apapun keputusan nya nanti, saya yakin kakak dan keluarga redha.
Lambatnya nak tunggu verdict pada 28th March ni.
No comments:
Post a Comment