Friday, July 30, 2010
Semangat ! ! !
This week adalah minggu yang efektif untuk sy. Berjaya siapkan kerja yang sepatutnya minggu ni. So tinggal analysis data jer. Bulan pose ni boleh concentrate buat benda alah tu :)
Erm, tapi ada labwork lain yg perlu diselesaikan. Reagents pon dah sampai... Next week ada course plak. Takpe nnti kite plan yea...
Hah, cite pasal plan ni..sy planning nak cuba buat kuih raya tahun ni...vavavavaava :P
Semalam dah survey2 resepi kat internet. Macam2 jenis kuih jumpa, hehehehe. (Pose tak lagi, dah pikir nak buat kuih raya kan, hahahaha).
Sy survey kat sini http://hanieliza.blogspot.com
Banyak resepi yag best2.. tapi sy focus on biskut jer lah. Cantik2 jer rupa biskut akak ni. Harap2 biskut sy pon cantik mcm biskut akak liza ni :)
Dah salin resepi, satgi nak pi beli barang kat Chow Kit..yeayyy
Thursday, July 22, 2010
My First Pregnancy Book :)
Konon2 nak beli barang dapur jer, pastu dah jalan2 pakai selipar rm2 tu..sakit kaki la jawabnya. So merengek2 sikit, dapat la pujuk hubby pi kat ladies department..hehehe. Tujuan nya mestilah nak cari sandle baru.. berjaya cari sandle yang selesa n harga pon ok. rm55 jerk..warna kuning lagi. Ambik kooo :P
Masa tolak troli nak balik tu, ternampak plak Popular. So ingat nak singgah masuk sat, lagipon saya dah lama tak beli buku baru sejak kawen ni..huhuuuu. Akhirnya, berjaya beli buku ni...
:: Ada yang latest edition, tapi saya adalah kedekut nak beli sbb rm89.90..hehe. yang ni hanya rm69.90 beza rm20 tuuuu :P ::
Buku ni sangat best. Dia explain everything one by one..siap dengan gambar. I like. Plus the language is easy to understand.
Its cover topics from pregnancy calender, prenatal care, health n nutrition. Yang best ada cara2 untuk excercise siap dengan gambar. Sangat dicadangkan untuk ibu2 muda :))
Sepetang Di Pandan
Balik klinik dah kol11, nasib baik ada lauk tapau dari rumah Along.
Oh ye, Ahad tu Along ajak makan2 kat rumah dia. Walaupon dah 7 bulan++, maintain jer dia masak2 ooo... Saya datang bawak ikan keli (yg tak masak lagi..kehkehkeh) n honeydew. Sampai2 jer, Pezal sepupu abg ipar saya dah ada.
Along pon dah siap masak, just tunggu nak goreng ikan keli jer. My task was tumbuk sambal belacan which is my expertise :P
Then my brother sampai with her wife, wahhhh diorg bawak ayam masak merah. Kagum di situ.
Best makan2 ptg tu sbb nya lauk ada sedap..(sebenarnya sebab makan free..heheh). Ada daging salai masak lomak cili padi, sayur campur, keli goreng tepung, ayam masak merah, Dessert adalah buah2 tempatan, ada honeydew, manggis dan pulasan. Hasilnya, hubby makan nasi tambah 2 kali...huhuhuuuu.
Lepas makan, adalah sesi gossip. Siap masuk dalam bilik Along tu..biar geng laki kat luar. Along tunjuk baju baby yang dia dah beli. Along insyaallah daat baby boy..so baju2 adalah sume warna warni. No pink kalerrr :P Ada romper kaler biru, comel sgt...
Rasa tak sabar nak beli barang baby jugak. Saya dah janji ngn hubby, takmo beli baju baby sampai dah tau boy or girl.. Sebab takmo gaduh2..nnti saya nak pink, hubby nak biru...huhuuuu.
So before balik petang tu, Along dah tapaukan lauk..yeayyy.
Makanya Isnin tu, xpayah masak..saya just goreng telur dadar buat kasi tambah lauk.Tu jer nak cite :P
Wednesday, July 21, 2010
Oh my baby ..
Last Friday, masa nak tido tu..saya rasa ada benda pelik kat perut. Macam belon eh pop pop dalam perut. Saya dah ngeri dah, ingat kan apa lah. Before ni pon actually ada rasa mcm ni, tp kali ni lagi kuat pop pop dia tu. So saya msg my sister, Along nak kan kepastian..wahhh.hehehe. yelah kan, kata anak 1st, mesti lah takde experience and risau nya lebih sikit. Then Along cakap, that was the baby who had started kick my tummy :))))
So haapppyyyy :))
Isnin hari tu saya MC sebab tak larat nak pergi kerja. Sakit sangat perut. So hubby n I decided to go for check up kat Klinik Jameaton, area depan Jusco tu. Before this we went for check up kat Klinik Fadzliyana, saja nak try kat klinik lain plak. My brother yang suggest Klinik Jameaton, so why dont we give a try kan.
Firstly, I can say the clinik is more comfortable compare to the one we had been before. I mean the cushion and everything. Then the doctor also very friendly and peramah. Like ko tanya satu ayat, dia jawab 1 perenggan...hehehe..ok takde lah samapi satu perenggan. Tapi I like the way she treat me :)
I minta nak scan the baby n print out the photo sbb nak letak dalam album...hehehe :) then I also got CD copy of the video yang Doc Jameaton scan tu.. best kan. I had to pay RM 55 for all. Pastu masa nak bayar tu ternampak la plak NutriBrain. Supplement for pregnant women to enhance baby's brain ( minyak ikan jer sbnrnya). Dulu my friend, Zaria had mentioned about this supplement. Tapi I was very lazy nak search kat farmasi mana plak nak beli benda tu kan. So end up tak cari pon...hehehe. Since dah ada depan mata tu, saya pon 'terbeli' la. Rm66 for 1 month supply. But I believed kalau beli kat farmasi biasa, maybe murah sikit harganya.
Here I share the video eh :)
Thursday, July 15, 2010
Wedding Pictures
:: Ni wedding my ofismate kat Kelantan. Kitorang dtg 6 orang, naik airasia. Kenduri dia best sbb lauk pauk nya sedap. Ada ayam percik..hehehe ::
:: Ni la geng kitorang dari KL... semangat dtg awal, lepas kenduri jer..pi jenjalan pantai cinta berahi... berahi sungguh la minum air kelapa kat situ. Cantik kan pelamin kawan saya ;) ::
:: Yang ni pulak, wedding kawan sekolah. Both of them kawan sekolah saya masa di Melaka. Tapi rasanya diorang bercinta lepas keluar maktab.. ramai kan yang datang ::
:: This is Zila, my best friend masa kat Melaka. Kawan sekolah jugak. Pergi kenduri Zila kat Pengkalan Chepa naik bas. Punya lah semangat nak pergi. Nasib ada Imah tolong teman kan ::
:: Ini Hajar, my exhousemate masa kat Sentul. Wedding hajar kat Lumut, saya pergi dengan adik2 saya. My brother jadi driver..hehehe. Balik tu singgah jenjalan Lumut ::
:: Ni wana, also my exschoolmate. Saya together with Mat Kedah also my exschoolmate pergi kenduri kat Permatang Pauh. Since my house kat Kulim, so dekat jer lah. My lil sister jadi peneman...hehehe ::
:: Ni Kak Ngah, my exhousemate masa di Bangi. Kenduri kak ngah kat Seremban ni special sikit sbb nya...hehehe..ada di bawah :P ::
:: Perasaan tak sapa sebelah pengantin perempuan tu... hehehe. saya la tu. Jadi pengapit oooo :D Kak ngah ni baik dengan saya, so saya mmg dah pasang niat nak jadi pengapit dia. 2 month lepas kenduri kak ngah, saya pon kawen...hehehe ::
:: Wedding Linda, also my ex schoolmate. Yang datang ni sume geng-geng saya masa kat maktab..hehehe. Ramai yang dah kawen rupanya kitorang ni.... ::
:: Linda with her hubby. Miss the memories with all of them. Kenangan paling terindah adalah masa di MRSM T*REND*K...huhu ::
Saya pergi kenduri kawen ni sbb selain dapat makan sedap2, dapat bergosip dengan kawan2 lain yang datang..hehe. Sekian laporan kenduri kawen dari saya :P
Kenduri = Makan Free..hehehe
Tapi tak best nya, kamera adalah rosak dan kamera hubby cari satu rumah pon masih tak jumpa maka pergi kenduri kawen dengan tak membawa kamera. Sungguh bosan ok pergi kenduri kawen tanpa kamera, macam pakai baju tak pakai kain..hehehehe.
So last month saya berjaya pergi ke kenduri Kak Hanin, iaitu ex housemate saya masa di Bangi dulu. Actually saya pergi kenduri side lelaki di Simpang, Taiping. OTW balik kampung, singgah makan kenduri. Rumah kak Hanin di Terengganu, keadaan tak mengizinkan saya sampai ke Terengganu.
Then, the following week saya ke bandar Melaka. Giliran ex schoolmate saya, Aishah pula melangsungkan perkahwinan. Juga saya pergi kenduri di sebelah lelaki. Nak pergi kenduri Aishah di Johor, clash dengan kenduri Kak Hanin. Majlis adalah simple but cantik sbb nya Aishah ni islamic sikit org nya :)
Then saya ke Kg Malaysia Raya pula sbb my roomate masa kat Tere*dak dulu kawen. Fatihah or Fasha (nama Glamer :P) kawen masa saya pergi B*N. So kite serang kenduri side lelaki lah. Cantik tau roomate i aritu..hehehe.
Kenduri yang lain2 tu adalah di Rembau. Kawan2 hubby kawen lah, saudara hubby kawenlah. So last month mmg makan free lah.hehehe.
Agak-agak lepas raya ni, mesti byk kenduri lagi kan..yeayyy :))