Balik klinik dah kol11, nasib baik ada lauk tapau dari rumah Along.
Oh ye, Ahad tu Along ajak makan2 kat rumah dia. Walaupon dah 7 bulan++, maintain jer dia masak2 ooo... Saya datang bawak ikan keli (yg tak masak lagi..kehkehkeh) n honeydew. Sampai2 jer, Pezal sepupu abg ipar saya dah ada.
Along pon dah siap masak, just tunggu nak goreng ikan keli jer. My task was tumbuk sambal belacan which is my expertise :P
Then my brother sampai with her wife, wahhhh diorg bawak ayam masak merah. Kagum di situ.
Best makan2 ptg tu sbb nya lauk ada sedap..(sebenarnya sebab makan free..heheh). Ada daging salai masak lomak cili padi, sayur campur, keli goreng tepung, ayam masak merah, Dessert adalah buah2 tempatan, ada honeydew, manggis dan pulasan. Hasilnya, hubby makan nasi tambah 2 kali...huhuhuuuu.
Lepas makan, adalah sesi gossip. Siap masuk dalam bilik Along tu..biar geng laki kat luar. Along tunjuk baju baby yang dia dah beli. Along insyaallah daat baby boy..so baju2 adalah sume warna warni. No pink kalerrr :P Ada romper kaler biru, comel sgt...
Rasa tak sabar nak beli barang baby jugak. Saya dah janji ngn hubby, takmo beli baju baby sampai dah tau boy or girl.. Sebab takmo gaduh2..nnti saya nak pink, hubby nak biru...huhuuuu.
So before balik petang tu, Along dah tapaukan lauk..yeayyy.
Makanya Isnin tu, xpayah masak..saya just goreng telur dadar buat kasi tambah lauk.Tu jer nak cite :P
No comments:
Post a Comment