Last month ( last month lagi, punya lah byk benda yg tertangguh tak cite :P ) kan cuti sekolah. So byk sungguh jemputan kenduri kawen. Since dah byk sangat, saya terpaksa membuat selection untuk pergi ke kenduri tertentu jer. Sumpah mmg kalau boleh nak pergi semua jemputan, tapi masa tak mengizinkan..huhuhu.
Tapi tak best nya, kamera adalah rosak dan kamera hubby cari satu rumah pon masih tak jumpa maka pergi kenduri kawen dengan tak membawa kamera. Sungguh bosan ok pergi kenduri kawen tanpa kamera, macam pakai baju tak pakai kain..hehehehe.
So last month saya berjaya pergi ke kenduri Kak Hanin, iaitu ex housemate saya masa di Bangi dulu. Actually saya pergi kenduri side lelaki di Simpang, Taiping. OTW balik kampung, singgah makan kenduri. Rumah kak Hanin di Terengganu, keadaan tak mengizinkan saya sampai ke Terengganu.
Then, the following week saya ke bandar Melaka. Giliran ex schoolmate saya, Aishah pula melangsungkan perkahwinan. Juga saya pergi kenduri di sebelah lelaki. Nak pergi kenduri Aishah di Johor, clash dengan kenduri Kak Hanin. Majlis adalah simple but cantik sbb nya Aishah ni islamic sikit org nya :)
Then saya ke Kg Malaysia Raya pula sbb my roomate masa kat Tere*dak dulu kawen. Fatihah or Fasha (nama Glamer :P) kawen masa saya pergi B*N. So kite serang kenduri side lelaki lah. Cantik tau roomate i aritu..hehehe.
Kenduri yang lain2 tu adalah di Rembau. Kawan2 hubby kawen lah, saudara hubby kawenlah. So last month mmg makan free lah.hehehe.
Agak-agak lepas raya ni, mesti byk kenduri lagi kan..yeayyy :))
No comments:
Post a Comment