Pagi tadi hantar Khayr Sufyan pergi sekolah.. Menangis nangis anak ibu... Berjurai2 air mata tu.. Sedih betul ibu tengok :(
Bila dah nak sampai kawasan sekolah Khayr tu, saya turun kan Khayr dari stroller. Saja nak biarkan dia berjalan sendiri. Dia taknak dan dah mula nak menangis. Agak nya dia tahu.. dah sampai kawasan sekolah. Kejap lagi mesti ibu nak tinggal kan Khayr...
Sampai jer kat sekolah tu, saja buka kan baju, kasut semua. Khayr dah mula menangis air mata berjurai2.. tak mahu saya letak. Nak saya dukung. Bila saya bagi Khayr pada cikgu untuk cikgu dukung, makin kuat Khayr menangis... But the teacher promise, She said don't worry. Khayr will be ok in a minute. Tapi macam tak caya jer lan...Mesti tu ayat nak menyedap kan hati saya jer. Tapi tak boleh nak tunggu lama2.. Saya kena kejar bus sekolah.huuu
Kesian betul.. Kalau ikut kan hati ni, memang tak mahu tinggal kan dia kat sekolah tu.. Saya pun tak payah ke sekolah.. tinggal kat rumah main jer dengan Khayr. Tapi apa boleh buat kan...
So arini kat sekolah, asyik teringat kat anak ibu jer. Next time biar abah la yang hantar Khayr. Ibu tak sampai hati :(
No comments:
Post a Comment